Archive for December, 2006

Salam AidilAdha…

Saturday, December 30th, 2006

esok hari raya…tapi raya haji ni tak semeriah raya puasa..tapi still family aku buat ketupat ngan serunding,macam nak sambut raya puasa…aku tak kisah aa family lain nak gi bercuti ke holiday ke raya haji ni tapi aku tetap masak utk raya esok…

esok,seperti hari raya puasa kami adik beradik akan pi beraya rumah saudara mara terdekat…and pegi ziarah kubur mama aku…nak kena lari dari rumah cepat2 sebab nanti ade je bebudak datang mintak duit raya…hahahaha…

kepada kawan2 MMU yang akan menghadapi final exam next week,aku ucapkan good luck…buat elok2…kot2 la berkat raya haji ni kan…boleh dapat results elok2…hehehe…

oh ye…selamat menyambut tahun baru kepada semua!!semoga azam tahun baru ni lebih bermakna dari tahun2 lepas…take care everybody!!

p/s:aku ingin menjadi lebih baik dari dahulu…

Santa help me…

Monday, December 25th, 2006

huhuhuhu…hari krismas yang membosankan…hari ni dok umah..masak..makan…baca buku…sembang…hug abah nak balik kl…tak gi jalan mana2 pun…mood tak ok sangat…huhuhu

in the end of the day, aku amik keputusan utk makan nugget sambil tgk Serendipity kat ntv7…john cusack penyelamat mood aku hari ni…lalalalalala~

to YAN dan AIDA, looks like the frisson tak pernah wujud langsung selama ni…saya baru sedar kot…now’s the time utk undurkan diri…i guess!!

"santa help me" bukan bermaksud aku trust santa..juz nak tulis sempena krismas..

p/s: walking in the thick snow wearing santa rina outfit…fucking cold!!

Iris

Friday, December 22nd, 2006

And I don’t want the world to see me
Cause I don’t think that they’d understand
When everything’s made to be broken
I just want you to know who I am…

lagu Iris (ai-rees) nyanyian Goo Goo Dolls..atau aku lebih memilih untuk memanggil kumpulan itu Patung Goo Goo..yan tau kenapa..sebab comel..(hagguuuu…geddit?..oh,nevermind)..tapi lagu tu sekarang dinyanyi balik oleh Ronan Keating…tapi aku tak rasa nyanyian abang Ro’ tu bersemangat macam abang Patung Goo Goo nyanyi aa…sebab abang Patung Goo Goo nyanyi lebih buatkan hati aku sayu…abang Ro’ nyanyi,lagi buat hati aku terseksa…tapi apepun,aku suka lirik dia…adakah aku invisible?maybe yes,maybe no…cuma sesetengah saja boleh ‘nampak’ aku…yang lain maybe tak nampak or buat-buat tak nampak jer…

suka tengok mata Yuna Final Fantasy X…sebelah hijau,sebelah biru…kalau boleh,aku nak gak jadi heterochromia…sebelah kelabu,sebelah hazel..boleh??tapi satu kelemahan heterochromia ni kan…kita boleh detect aa kalau kita ni anak parents kita ke tak…misalnya,kalau mata kita sebelah biru ngan sebelah hijau,hati kita lega kalau salah sorang dari parents kita tu biru atau hijau…kalau mata kita biru dan hijau tapi salah sorang parents tu biru/hijau tapi salah sorang tu hazel/kelabu/hitam,mmg sah2 kita ni macam anak orang lain…hihihi

p/s: ape pun,lagu Iris nyanyian Goo Goo Dolls/Ronan Keating ni tak sama ngan lagu Iris nyanyian Awie Wings…hehehehe

X-mas !!

Sunday, December 17th, 2006

krismas hampir tiba dan kepada semua yang nak menyambut krismas,aku ucapkan selamat bersiap2 utk menyambut krismas…selamat mendecorate rumah dan selamat membeli belah untuk perayaan nanti…

bila cakap pasal krismas je,tetiba aku boleh terasa kenyamanan salji2 walaupun tak pernah merasa pun salji sebenarnya…ngehehe…dan tetiba perasaan nak tgk movie2 pasal krismas tu datang balik…walaupun every year aku tgk movie yang sama,tapi aku tak bosan pun…maybe sebab cerita dia best..tambahan pulak krismas,macam jugak raya…semua family berkumpul kan…

for sure start next week aku akan pasang balik dvd2 yang berkaitan ngan krismas dan drama2 kegemaran aku…antara movie yang menjadi pilihan aku ialah:-

a) love actually (my favourite!!)
b) bridget jones’ diary 1&2 (colin firth!!)
c) surviving christmas (ben affleck ngan christina applegate!)
d) down with love (renee zelwenger !!)
e) jerry mcguire (tetiba teringat kat kak jah..dia ske giler citer ni)
f) stuck on you (matt damon!!)
g) eurotrip (ngahaha…miscuzi!!)
h) little britain (okay..not a movie but what the heck??)
i) must love dogs (aaaaa…john cusack!!)

ahahahaa….tak sabar nak tgk movie…mood krismas mai balik!!

p/s: suke lagu krismas…lirik dia ada makna mendalam

s.hit.nes.s

Wednesday, December 13th, 2006

argh..takde mood…nak sembang ngan orang pun malas…status kat YM pun letak "saja online.malas layan semua (no exception)"..mmg malas pun nak chat..saja ja nak online…bestfriends or not,mmg je aku taknak layan…kalau tak reti bahasa tapi nak buat2 berbudi bahasa tu mmg je nak kena…

my life? full of darkness…listening to Evanescence - Anywhere,Haunted and The Last Song I’m Wasting on You…kena ngan aku semua lagu ni…sambil2 tu lukis MANGA

p/s: i’ve dreamt so long i cannot dream anymore…

barnyard

Saturday, December 9th, 2006

heh..it’s been a while aku tak update blog ni…biasa la,abah aku balik kedah..so kena aa spend masa ngan dia…aku kan anak yang baik lagi berbudi pekerti….hahahahaha

juz nak share ngan korang pasal movie yang aku baru tengok semalam…BARNYARD…citer kartun (for those yang suka tengok citer finding nemo,open season,the wild etc, boleh aa tengok citer ni)

BARNYARDcerita typical pasal macam mana seekor lembu yang suka berhibur kena belajar nak lead and protect dia punya kawan2 dari kena serang ngan coyote…Otis (lembu ni) actually ada bapak tapi dia suka take advantage since bapak dia jadi ketua kat situ…bila turn dia kena jaga ladang tu untuk prevent coyote masuk kat situ,dia selalu cari alasan yang dia nak kena pi pantau kawan2 dalam reban..tapi sebenarnya dia nak pi berpesta dalam barn tu…siap ade bar ngan karaoke lagi tu…hehehehe…bila bapak dia mati lepas kena serang coyote,dia ada masalah nak lead kawan2 dia tu…typical cerita je la..

but yang lawaknya,cerita ni tunjuk semua sifat2 binatang yang kita tak berapa nak expect aa…kalau korang nak tengok lembu buat boytipping kat budak ngan budak buat cowtipping kat lembu,lembu bawak kereta ngan moto,keldai ngan ayam2 betina menyanyi,korang leh aa tengok cerita ni…lawak tu mmg lawak aa sebab aku sampai jatuh sofa gelakkan cerita tu…hehehehehe…tapi kalau bebudak yg tgk cerita ni,mesti mak bapak akan bagi moral of the story - kita kena dengar cakap mak bapak..kalau tak dengar,nanti menyesal kalau apa2 jadi kat mak bapak and kita kena jadi ketua yang bagus - that kind of stuffs…

ok la…nak berenti dulu…kepada kawan2 aku yang suka guna akaun aku untuk book tiket wayang tu henti2 kan laa…aku leh check kot…hahahaha…BOOYA!!!

p/s: me doing the TOBOGANNING style…

a step forward…

Tuesday, December 5th, 2006

hehehehe…sekarang tengah bz siapkan resume utk mintak keja..tapi taktau nak mintak keja kat mana lagi..saja2 nak siapkan resume je..kalau ada kekosongan,boleh la aku cepat2 hantar resume aku tu… mintak2 aku leh dapat keja yang bagus2 with a good pay..bukan senang nak tampung hidup aku yg agak high maintainance ni…huhuhu…

tapi satu je tak best…gambo passport aku…hehehe…muka macam aper jer..sebab nya aku tengah tahan gelak..aku nak tergelak masa cina tu nak tangkap gambo aku…sebab dia kata "tahan mata aa…"..tahan mata??heuheuheu…mmg je aku nak gelak mampus..and as the results,gambo aku mmg je nampak hampeh..sure orang nak amik aku keja nanti tu gelak2 tgk gambo aku…hahahahhaa…buduh…

p/s: takutnyer…

The Sims 2 Pets

Sunday, December 3rd, 2006

sesapa yang minat games ni dan dah main,sila bagi review kat aku wey…aku belum main lagi aa..cd pun tak beli lagi sebab sekarang sibuk main Diablo 2 ngan Dreamfall : The Longest Journey…lagi pun pc aku dah lembap sebab byk sangat benda2 dlm tu..uhuhuhu…

actually the sims 2 pets ni reflects kehidupan kat umah aku sekarang…pendek kata,hidup aku pun dah macam the sims2…hehehe…aku sukakan "nightlife" sebab aku suka hang out malam2 masa kat "university" dulu dan aku baru habis dari "university"…sekarang ni aku duduk kat rumah jer sambil cari keja..kakak aku pulak sibuk  nak "open business" dia tu…dan abang n cousin aku sibuk giler ngan "pets" diorang…so,cukup lengkap ngan semua expansion pack the sims tu…

kenapa the sims 2 pets? rumah aku la ni macam ngan zoo…dulu bela kucing je…pas tu bela hamster..sekarang bela ikan pulak…abang ngan cousin aku tu dah addicted nak bela haiwan2 dalam rumah…and what’s next? korang sendiri boleh teka aa…BURUNG la lepas ni..hahahaha…i guess so…ntah aa..sikit hari lagi jadi zoo la rumah ni..hahahaha

p/s: huhuhu..malam ni takde supernatural…mentor final tak best!!

Mama oo Mama…

Sunday, December 3rd, 2006

mama ni sebenarnya kucing aku…nama betul dia Comel..panggil mama sebab she is the mother of all cats in my house…plus she’s still hot walaupun dah 3 kali beranak…hehehe…

actually mama ni tak la tua sangat..baru 2-3 thn je umur dia…so hot lagi ler..ermm…kenapa aku nak tulis pasal mama?just nak share ngan korang perangai mama yang a bit gila ni…

mama ni manja ngan orang yang dia kenal je….ngan orang lain yang dia tak kenal tu kim salam laa nak bermanja-manja…ngan tuan dia pun ikut angin dia aa nak manja pun…time mama paling manja ialah sekitar pukul 12-2 petang sebab time tu time makan…panggil je "MAMA…ma.." tak sempat pun habis ayat,dia dah sampai..siap bunyi2 lagi…time2 lain around 8 am - 6pm tu dia ok2 lagi aa…sebab time tu time dia berjemur kat balkoni or tempat santai…boleh tahan manja sebab kena angin dari luar…hehehe

tapi bila time dia tak manja,korang panggil pun dia dah lari…tu belum nak approach lagi..adeh…time paling dia taknak manja ialah sekitar 6.30-7.30 pm sebab time tu time kucing2 sekalian masuk sangkar…asal panggil je "MAMA…ma" terus lari menghilangkan diri…kadang-kadang sampai naik angin aku dibuatnya…ye la,byk lagi benda nak buat dari nak kejar dia suruh masuk sangkar..last2 aku buat tak heran..time dia rasa nak masuk sangkar tu,dia buat2 baik la balik…isk

satu lagi perangai mama ni kan…dia time aku nak bawak masuk sangkar je,mesti dia cengkam baju aku kuat2 sebab dia tau mesti aku bawak dia pi tepi kolam punya..mama ni bukan boleh kena air sikit pun..maunye nak menggelupur sakan…huhuhuhu….satu lagi,bila time hujan,mmg nyer tak nak jalan ke luar rumah…siap kais2 kaki kat tepi pintu lagi sebab taknak kena air hujan (ni turun kat anak dia,Berry yang belagak tu)..terpaksa la aku dukung masuk ke sangkar…

isk mama…so belagak…patut laa panggil dia Mama..

p/s: hari ni besday mama aku…happy birthday mama…love you!!