Archive for October, 2006

my life so far…

Tuesday, October 31st, 2006

adeh…too much kuih raya and kek batik membuatkan kepala aku sengal giler…tambah lak ada banyak benda2 yang berserabut dalam otak ni,lagi aa sakit kepala otak ni..huhuhu

sekarang tengah gila mengedit gambar..since ade ACDSee je sekarang ni,sikit je laa kerja2 mengedit boleh dijalankan…nanti nak kepuk duit abang utk beli ADOBE Photoshop..ngehehehe..buleh aa belajar mengedit secara profesional..kalau boleh nak jadi freelance photographer..(sori awak,terikut idea awak..)..but still,cita2 aku utk jadi seorang kaunselor/psychologist tetap di tangga teratas…

sekarang taktau ape nak tulis kat blog ni since tak banyak observe orang sangat..dok kat umah je..mati kutu weyy…kat sini takde tempat menarik sangat nak lepak2..lagipun,takde kawan..kalau kat melaka,ade yan ngan aida..best aa..diorang pun paham semua lawak aku…kat sini?? hampeh..sape pun tak paham lawak aku..BORING!!!

aku sekarang tengah berada di tengah2 garisan - antara jahat dan baik…kekadang aku ok dan senyap je bila takde benda2 yang menyakitkan hati..tapi bila ade je benda yang bagi aku sakit hati,cepat je aku melenting..hati aku sekarang vulnerable,fragile..cepat pecah…dan aku sekarang CEPAT NANGIS!!! tensen…*sigh*

oh ye..results exam dah nak keluar and aku sangat takut..huhuhu…mintak2 la pass semua paper..dah tak larat nak gi amik exam lagi ni..ihiks…

Jamiejimz_paint_1

oh ye..ni gambar terbaru aku…me and my new hair style..ihiks

p/s: takde orang paham apa yg tersirat di hati…

back to basis…

Saturday, October 28th, 2006

hobi sekarang since takde ape nak buat ialah membaca buku..yes,you can call me a GEEK,i don’t mind but that’s my hobby…sejak dulu suka membaca dan sekarang aku tengah baca buku "Unlock Your Personal Potential" ngan "I’m Not Crazy,I’m Just Not You"…buku "Unlock…" tu tolong kita expresskan apa2 yang kita selalu pendam dalam hati dan dalam masa yang sama tolong kita buat list ttg benda apa yg kita patut dan tak patut buat dalam hidup kita dan buku "I’m Not Crazy…" tu cerita pasal 16 jenis personality yang ada dan mana satu personality yang tepat dengan diri kita…sounds boring kepada sesapa yang tak suka membaca,tambah2 lagi buku2 macam ni tapi seriously,buku ni memang membantu kita dalam banyak perkara…terutamanya macam mana nak deal dengan orang yang tak sama perangai dan personality dan buku2 ni jugak tolong kita paham tentang diri kita dan cari orang yang serasi ngan kita utk bekerja or apa2 jer…kalau korang suka baca buku macam ni,beli la satu..tak rugi nyer…

sekarang jugak aku sedang sibuk menulis novel terbaru…takde la gempak cuma nak luahkan perasaan yang terpendam di hati..seperti biasa,novel adalah tempat aku mencurah idea dan luahan perasaan yang terbuku di hati dan seperti biasa,novel aku adalah privacy aku…blog aku ni boleh dikatakan terbuka sebab aku kasik orang baca tapi novel aku adalah diari aku…takde sape leh sentuh…dan takde sape berani sentuh kot since aku akan mengamuk kalau aku tau orang dok sentuh2 barang privacy aku ni…call me JIWANG KARAT,i don’t mind tapi tu lah diri aku sebenarnya…

sekarang pun aku tgh tajamkan skill mengambil gambar dan mengedit gambar2 since takde keje nak buat kan…memang minat aku ialah mengambil gambar..bak kata makcik aku,masa aku kecik2 dulu gambar semut lintas kaki aku pun aku hantam tangkap gak…ARTISTIC what…bukan senang nak tangkap gambar semut lintas…hahaha..tapi sekarang ni kucing2 aku laa yang jadi mangsa kamera aku…banyak giler gambar kucing2 aku yang aku tangkap..hehehehe

sejak cuti ni semua hobbies and interests aku dah pun aku buat kecuali TRAVELLING…belum ada masa untuk melancong laa since semua sibuk pasal raya ni…jadual raya memang ketat giler,kalah artis..hahaha…so terpaksalah tangguh dulu jadual melancong dan aku pun tatau nak melancong ke mana kali ni…nak kena rancang gak percutian ni..uhuhuhuhu….

aku sekarang tengah menjadi diri aku sendiri..nak buat semua benda yang aku dah tinggal lama dulu sebab terpaksa menghipokritkan diri,menjadi orang lain utk puaskan hati orang lain…tapi sekarang aku nak jadi diri aku balik..oh,ye..aku upload byk gambar aku free hair…saja je takde keje…nasib korang la nak terima aku macam ni ke tak…i’m just being myself…

p/s: i love my necklaces…ade lockets N dgn Z…mana satu aku nak pilih?? N ke Z???

p/p/s: thanks hafriz ngan salim coz dtg umah terbuka aku hari ni…best sembang ngan korang…lain kali kita sembang lagi!!thanx utk kawan2 lain yang datang gak!!

supernatural…

Friday, October 27th, 2006

semalam dah selesai tengok first season Supernatural..Supernatural is my favourite series sebab citer dia citer pasal "other things" such as demon,satan,vampires and other supernatural things (tengok laa tajuk citer dia tu…supernatural kan??)

first i love the story line…this is my favourite genre since i love watching horror and thriller movies and dramas..even when i was a kid i always watch citer hantu sorang2 and masa form 4 and 5 pun, every thursday nite (jumaat tak skool) aku selalu tengok movie seram sorang2 dlm bilik..bukan nak kata berani tapi itulah hakikatnya..mmg suka..tapi kekadang tu tak leh tido gaks…tgk citer gak aa..yg bajet nampak real tu mmg aa selalu je ganggu waktu tido nih…huhuhuhu…(tapi time tgk movie - especially wayang citer hantu selalu je aku tutup mata..kakakakakaka)

second of coz la suka pelakon dia…jensen ackles (smallville- jason teague) ngan jared padalecki (gilmore girl 1st season - dean)..citer ni pasal two brothers yang gi ghost hunting sebab bapak diorang yang turut gi ghost hunting tak balik2..so abang dia (jensen) terpaksa drag adik dia (jared) yang wish nak hidup normal tu kembali ke pekerjaan asal diorang - hunting ghost and saving people…citer ni gak highlight pasal demon yang dari awal2 lagi nak serang Sam,si adik (jared) dan even sampai tamat citer pun still nak serang si adik ni sebab Sam ada power,hebat dari abang dia ler…dan abang dia,Dean (jensen) terpaksa berkorban nyawa utk tolong adik dia ni…abang yang penyayang tapi tak skolah selalu sangat buli adik dia yang agak serius dan berpelajaran ni…dua saudara dari dunia yang berbeza bersatu utk lawan demon dan selamatkan orang…isn’t that cute?? (honestly, pelakon dia mmg hensem giler…tak tipu!!)

ape pun,season satu dah selesai tapi ending dia…?? kereta diorang kena rempuh ngan lori masa Sam nak bawak bapak dan abang dia gi hospital sebab pemandu lori kena possessed ngan demon dan semua pengsan..(or mati)..tapi kalau mati kenapa ada season 2???hahahhaa…mmg tak mati laa jawabnya tu..sekarang ni tengah tunggu nak tengok season 2 lak…dengar citer ada sampai season 3..bagus laa sebab mmg bercadang nak kumpul semua season citer tu pun…very interesting

kepada sesapa yang suke tgk citer seram dan thriller,boleh aa tgk citer ni…actually citer ni tak aa sampai mengganggu masa tido pun..takde la sampai yg ade nightmare lepas tgk citer ni…dan perhatian kepada YAN, bapak dia bukan demon tu..tapi episod akhir tu bapak dia kena possessed ngan demon tu…so theory kita silap..hahahaha….dan satu lagi yan, dean tu mmg bangang..ye,saya akuinya tapi still i like him…hahahahaha

p/s: sekarang nak ikut citer apa pun tatau ah…

hari raya!!!!!

Thursday, October 26th, 2006

hye..selamat hari raya pada semua umat islam yang menyambutnya…dah sebulan kita berpuasa dan sekarang kita sambut hari raya pulak…hopefully korang punya raya kali ni lagi best dari tahun2 lepas…kepada sesapa yang menjadi mangsa banjir (especially kawasan utara),diharap dapat bersabar dan still bergembira di hari raya…

sori sangat tak update blog…sebab sangat busy ngan persiapan hari raya..buat kuih laa,kek laa,rendang laa..apa laa…pendek kata mmg busy sama ada jadi anak dara or anak teruna dalam rumah ni…memacam kena buat…hihihi…

raya tahun ni okay laa…better dari tahun lepas kot sebab tahun ni berjaya mengumpul rakan2 lama sebanyak yang boleh…dan berjalan sakan ke rumah sedara-mara…before this tak sempat sangat tapi tahun ni kena pi jugak walaupun terpaksa redah hujan lebat tu…hehehe…so summarize sepanjang hari raya ni..

raya first - pi kubur and then gi rumah sedara mara + rumah abah kat area kepala batas dan sekitar bandar darulaman dan wang tepus…makan tu toksah citer aa…rasa macam nak pecah je perut ni..tapi takpe,first day raya..belasah je…malam lak ramai orang datang rumah + amelia AF3 datang raya kat rumah gaks…adeh2,bila artis datang raya kat rumah tu paham2 laa..semua sakan menyembang…(me rubbing shoulder and high five-ing with amelia coz dok sebelah dia..hahaha)

raya kedua- balik kampung kat tunjang..raya ngan family makcik lak…sian tgk tok lang dok sorang sebab anak2 dia tinggal dia..isk,sampai hati diorang ni…tapi takpa,pastu kami berkumpul ramai2 kat umah tok,makan lontong yg mak tam masak…sodap!!tapi time dok lepak kat umah la yang kawan2 ramai giler mai dok berposing depan rumah..nak beraya…sian diorang sebab aku takde kat umah..so sebagai balasan,aku pegi la beraya kat umah amy yang comel lote tu lepas aku beraya kat rumah bakal abang ipar yang tak best tu…muahahaha….raya rumah amy best coz tu la first rumah kawan yang aku pi sepanjang raya kat jitra ni…teruk kan,tapi tu la kenyataan…aku tak ske jalan2 sangat..tp dah orang ajak tu belasah je pi…huhuhu…(suka kucing amy…)..jumpa n sembang2 ngan amy n a’an tapi cik akmar kenapa kim salam dari jauh je?bila nak singgah rumah??hehe

raya ketiga - nuthing special cuma kawan2 datang rumah..leha,apan,anis,ajim,rakan2 ajim dan adik2 apan…dok merabung sakan mcm siot je…and calling jihah,ajak dia datang esok hari…yang lain lak sibuk raya ngan kawa masing2..dan petang ni lak sibuk masak utk kawan kakak nak datang..huhuhu..penat2

raya memang penat tapi satu je yang aku tak penat…makan KEK LAPIS SARAWAK…sedap gitu..mak tam bawak balik dari sarawak..kalau makan tetiap hari pun takpe…ada cadangan nak cari orang sarawak ker??hahahahaha…no comment!!

ok la..kepada semua,aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin…kepada rakan2 di kedah, hari sabtu ( 5hb syawal ) aku wat rumah terbuka..so mai la ramai2…jgn malu2..tapi bebila nak mai pun takpe since aku ade je kat rumah ni…take care semua!!

p/s: rindu orang jauh !!

update…

Wednesday, October 18th, 2006

hello semua..ape citer? kepada sesapa yang tengah praktikal tu diharap dapat bersabar dengan kerenah supervisor2 anda sama ada di tempat kerja mahupun supervisor di universiti..ikut je apa yang diorang suruh buat, nanti mesti korang nyer evaluation tinggi (or not…)..ntah aa labu,ikut supervisor gak..hari tu aku wat semua kerja dan assignments dengan susah payah nya (plus no income and still have to to overtime work) tapi last2 evaluation macam hampeh..maybe tak ikut sistem diorang kot…biasa aa..company jepun (which i hate soooooooo much)..hahaha..takpe,belajar dari pengalaman….la ni pun aku tgh sibuk usha2 website utk cari keja..tengok laa mana yang best nanti aku cekup aa…hahaha.. (oh,ye..kepada ‘awak’,saya taknak keja KL…taknak jumpe ‘awak’…haha)

sekarang tak buat apa kat rumah..tengah berkira2 utk kemas rumah/bilik for hari raya…soooooo penat tambah lak ngan rumah yang berwarna baru (kuning -which i dun really like..kalau kak jah ni mesti dia suka..hahaha)..actually byk benda lagi yang aku belum buat dan raya is less than 1 week..adeh2…tido+main je banyak!!

oklah,takde ape lagi nak tulis..saja nak update jer…hehehehe..oh ye,kepada rakan2 yang beraya di oversea tu selamat beraya la yer..jgn sedih2 yer…nanti lambat laun boleh balik malaysia jugak, unless korang mmg taknak balik dah aa..hehehehe..take care semua!!

p/s: surf internet sambil dengar lagu…

me as a penanam anggur berjaya

Saturday, October 14th, 2006

hey ya…sorry,it took me a while to update my blog..after coming back to jitra,all i did was helping my family in the kitchen and not to mention getting loadssssss of sleeps..i always feel comfortable in my own bed..well,who doesn’t aite?

anyway, sekarang ni tengah busy buat kuih raya…ade beberapa kuih raya yang dah siap..esok akan siapkan a few lagi and then i can continue baking some cakes for this coming hari raya..i can’t wait for hari raya..not because of the duit raya but it is the only time i can gather up with my my whole family and relatives..dun really care bout the duit raya now since i’ve grown up and they don’t bother to give me duit raya anymore..*sigh*

so far i haven’t skip my fasting yet and thank God…hopefully tahun ni tak yah tinggal langsung lah kot..hahaha..tak yah aa susah2 nak ganti…and i tak skip sahur langsung…in fact,i was the one who woke everybody up…maklumla…senang hati bersahur kat umah…

aktiviti kat rumah so far…tengok DVD citer supernatural tiap2 malam…sorang2..hehehe…mmg menjadi kebiasaan for me utk tonton citer thriller/horror sorang2 dlm bilik…mmg suka tgk citer2 macam tu..actually nak melayan jensen ackles yang hensem tu..hahaha…tapi definitely suka citer hantu/seram…sejak balik ni, still tak mula tulis novel lagi coz sekarang ni tgh dok kumpul idea2 menarik..ada 2 jenis cerita nak buat tapi taktau mana satu nak mula…hopefully pas raya leh decide aa mana nak buat dulu…hey,i still have a couple of months before i decide what i really wanna do,yeah?

ok,that’s all for this entry..saja nak bagitau what’s going on with me after abis blaja…nanti kalau ade citer menarik,i will definitely update it and share it with you guys!!

selamat berpuasa and selamat bersiap2 utk hari raya!!

p/s: shopping !!

the end….??

Sunday, October 8th, 2006

akhirnya pengajian aku di MMU melaka tamat jugak setelah 4 tahun aku menanti dengan penuh sabar…selepas melalui beberapa ‘penyeksaan’ dari pihak university dan juga ‘penderaan sosial’ dari rakan2 dan environment,akhirnya aku lepas dan akan meninggalkan bumi MMU melaka…paper terakhir final exam sabtu lalu telah memberi ‘green light’ yang aku akan berambus dari MMU dengan gelaran fresh graduates a.k.a siswazah lepasan universiti…

aku masih lagi ingat detik2 sepanjang belajar di MMU ni…dari hari pertama aku masuk sampai laa aku nak tinggalkan kampus ni…aku pelajar yang masuk lambat seminggu sebab aku taknak masuk MMU,dengan alasan nak masuk ke IPTA tapi nasib tak menyebelahi aku sebab tak dpt jawapan dari IPTA so terpaksa la masuk MMU…aku amik management dan kehidupan aku sebagai pelajar pre-U or alpha bermula…mula2 takut jugak sebab tak yakin dengan diri sendiri…takut tak dapat nak adapt dengan persekitaran baru..maklumla,budak skolah nak masuk universiti..mesti ada one kind of odd feeling..tapi demi masa depan,aku masuk jugak MMU ni…

of course aku masih ingat semua yang pernah menjadi roomate aku…diorang tak lain tak bukan terdiri dari rakan2 cheekye aku jugak…masa alpha,aku dok ngan sfera kat hostel MMU..masa beta aku dok ngan yan kat Emerald Park..masa gamma aku dok sorang kat rumah sewa since aku taknak kacau kawan2 aku yang dah ade pakwe so aku lebih rela isolate kandiri aku dan membuat kerja sendiri…masa delta aku masih lagi duduk rumah sewa sampai la aku pegi industrial training..lepas balik dari training aku dok hostel balik ngan yan..dengan alasan nak duduk dalam kampus sebab malas nak jalan jauh2….masa delta extend one sem ni aku duduk ngan aida kat Emerald Park balik…aku adalah antara yang paling banyak berpindah-randah..kononnya untuk mencari ‘angin baru’ masa nak mula belajar…hehehehe..maklumla,budak nomad macam aku ni mana boleh dok satu tempat…mesti kena pindah banyak2 kali…

sepanjang aku berada di MMU ni dah macam2 jenis orang aku kenal dan aku boleh summarize kan dalam satu ayat : orang sekarang ni suka buat hal sendiri dan akan tolong orang lain kalau ada benefit utk diorang gak dan kalau takde benefit utk diorang,diorang takkan tolong tapi asyik nak menyibuk hal orang serta kondem orang lain ajer…of course laa tak semua orang boleh ‘sebulu’ ngan orang lain..ade gak up and down dalam persahabatan…setakat ni aku boleh tolerate lagi laa ngan orang2 lain walaupun sebenarnya ramai benar yang dah backstab aku…depan je baik tapi kat belakang kutuk2 orang…aku senang je,kalau aku suka aku kawan la…kalau aku tak suka tu sure aku ignore dia cukup2…cakap je,ape yang aku tak pernah rasa semasa kawan ngan orang…semua aku dah rasa…seronok,sakit hati,menyampah,benci,nak sepak terajang,happy,excited…semua ade dan pada aku,kalau takde semua tu bukan hidup namanya…bersyukur la sebab boleh kenal macam2 orang dan ini adalah sebagai preparation utk menghadapi rintangan yang lebih besar lagi masa bekerja nanti…huhuhuhu

pasal cinta2 ni tipu le kalau takde…antara cinta monyet ngan cinta betul je bezanya pun…pada aku,sepanjang aku berada kat MMU ni, sorang je yang aku betul2 suka..memang dari beta year sampai la pertengahan sem satu ni hati aku hanya ada dia saja…tapi sampai bila aku nak tunggu? Orang tak heran, kita lak terhegeh2 nak kat dia…so akhirnya aku ambil keputusan untuk melupakan dia sepenuhnya dan focus study (walaupun masa time aku suka dia tu result aku mmg boleh dikira agak gempak jugak aa…ye la,pembakar semangat la katakan)..tapi sekarang pun exam aku boleh buat gak sebab aku ade pembakar semangat yang baru….hahahaha….padahal budak tu bukan tau pun walaupun aku selalu je ngacau hidup dia dan sembang2 ngan dia…aduh,banyak halangan before aku boleh betul2 serius ngan orang laa…

ape pun, kawan2 jugak yang amat penting dalam hidup aku sepanjang belajar kat sini…sini lain sikit dari sekolah sebab kat sekolah kita tak betul2 kenal kawan kita since kita hanya spend a few hours je ngan diorang…yang lain kita spend ngan family kita…lagipun,kat universiti semua dah besar dan matang…kat universiti la tempat kita berjumpa ngan rakan2 sejati sebab kat universiti la kita spend masa paling lama ngan kawan2 kita,dan sekaligus tunjuk perangai kita sebenarnya…sesapa yang boleh terima kita tu memang la kawan sejati kita..tapi kalau kita tak pandai jaga hati orang dan nak expect orang jaga hati kita tu mmg silap banyak laa…kalau kat universiti, kita boleh cari beberapa jenis kawan :
          a) kawan untuk hang out
          b) kawan untuk belajar
          c) kawan untuk buat kejahatan
          d) kawan utk mintak tlg sain kan attendance
          e) kawan utk berborak/bergosip
          f) kawan baik/sejati

bukan tu jer..musuh pun boleh cari kat sini…asalkan tak berkenan kat mata je,mmg la ko masuk dlm black list aku…hahahaha….

Aku adalah antara orang yang ada ramai kawan dan aku tak payah nak gunakan apa2 influence untuk berkawan ngan orang…tak macam sesetengah orang,buat orang ingat yang kita ni dependent kat dia padahal bila kita cari kawan baru je,baru la tau yang dia tu sebenarnya yang takde kawan…huhuhu…may be aku suka sembang ngan buat merapu ngan orang,sebab tu aku ramai kawan..tapi tak bermaksud aku rapat ngan semua..aku just cakap2 je ngan diorang tapi aku still ade clique aku sendiri…rakan2 cheekye aku yang selalu bersama2 berkumpul dan bercerita…tapi aku lagi pecahkan group aku kepada dua…kawan2 yang berkumpul utk bersosial dan kawan2 yang betul2 mmg aku anggap macam sisterz..yan ngan aida adalah sisterz aku yg paling rapat..the rest of the cheeky are just sisters…yan ngan aida adalah dua orang yang betul2 tau hujung pangkal hidup aku dan diorang pemegang terbesar rahsia aku..ape aku buat dan aku aku suka,diorang dua je yang betul2 tau…aku pun rapat ngan ayu ngan hazril,couple cute yang pada aku mmg baik hati dan tak kesah nak angkut kitorang berjalan2…dulu diorang jiran aku masa aku dok umah sewa…aku pernah pi prom ngan diorang,itu pun sebab nak temankan housemate hazril yang takde partner..hahaha…nak wat macam mana,aku kan available sokmo…baik hati lak tu…kekekeke…

Ape pun, kawan2 kelas aku pun memainkan peranan penting dalam hidup aku sepanjang pengajian aku…masa alpha year, aku rapat ngan kak ti,nana ngan maya dan aku still rapat ngan diorang…masa beta sampai delta year kawan aku dah ramai…muna,che ah,che yam,wahida,yana,iza,zaiti,pija ngan ina dan beberapa lagi orang…ni adalah kawan aku sampai sekarang dan even dalam kelas pun kitorang selalu duduk sesame…aku tak suka duduk ngan orang lain selain dari kawan2 kelas yg rapat ngan aku…kalau ade pun,may be group member aku like wei woon,pei kian,ming how,chris dll…best actually kenal ngan diorang…makes my life brighter…kelas marketing aku adalah yang paling happening since semua orang pun gila2 jugak…hehehehehe…

Hobi aku kat MMU ni? Kalau tak memonteng kelas, it must be hanging out with my friends sampai tengah malam…especially ngan yan,aida,ayu ngan hazril…suke lepak ngan diorang sebab diorang takde limit masa utk melepak..unless salah sorang ade exam or kena anta esaimen keesokan harinya..kitorang suke melepak kat “amigo’s”,jonker walk,mama chop papa grill,Gloria jeans,quayside café dan yang latest,dataran pahlawan megamall…heheheh…ngan geng2 cheekye pun aku ske lepak especially ngan diqq dan wanie sebab kitorang suke minum kat Gloria jeans..best!!

Ape je aku tak rasa kat MMU ni? Semua dah…dari nak kena bar exam hinggalah kena disqualified dari esaimen grup (padahal aku dapat markah elok ape paper tu) sampailah pegi prom yang menarik dan hati tercalar sangat2 akibat kawan2…tapi this is sugar and spice of life…kalau takde,mesti tak mencabar dan hidup dull jer..so,I’ll just shrug it off laa….

Kesimpulannya, kenangan di MMU ni banyak sangat dan of course aku takkan lupakan sampai bila2…this is my real life and I’ve experienced a lot of things when I was in MMU…ternyata pilihan aku untuk stay kat melaka instead of pegi cyberjaya berbaloi jugak sebab at least aku tak rosak macam kawan2 yg lain yg pi cyberjaya…ape pun,semua terletak kat diri sendiri…kalau hati jahat,dapat kawan baik pun tak guna and vice versa…

So,my journey in MMU ends here and tomorrow I will go back to my hometown in kedah and start a new life as well as continue my job as a daughter in that house..since hari raya is near,paham2 je laa ape aku kena buat nanti kat umah…sambil2 tu nak kena fikir sama ada nak sambung blajar or nak kerja..kalau kerja,definitely aku balik ke melaka (tapi bukan keje MMU aa..aku masih waras!!) sebab nightlife kat melaka mmg aa superb…lagipun, ‘hati’ aku ade kat melaka…hahahaha…kalau dapat ke UK,definitely aku takkan lepaskan peluang tu…so apepun,semua terpulang pada Allah macam mana nak tentukan hidup aku yang seterusnya….wallahua’lam…

p/s: Someday the Dream Will End But I Hope To Get the Best Ending In My Life…

my name’s acronym

Sunday, October 8th, 2006
N Normal
U Useful
R Rounded
A Appreciative
Z Zonked
I Industrious
M Mischievous
A Astounding
H Happy

thank God that i am normal…hahaha…can be useful sometime ( most of the time actually) and rounded? what the…??? ohho, my face is round alright!! hahaha….

very appreciative as i appreciate people and things around me…zonked? ( dunno what it means but i assumed that it means i’m crazy/wacky) maybe it is true…can be crazy and make you crazy most of the time…industrious..hmm, not a business minded myself but i love giving ideas to those who want to open their own business….very mischiveous and always  get on someone’s nerves…astounding and happy….very happy and loves making people feel happy….

this is my name’s acronym…most of them are very true and most of them reflects my identity….

p/s: didn’t get a chance to say goodbye to you…huhuhu

shop-a-lot…

Friday, October 6th, 2006

huhuhuhu…baru balik dari jaya jusco…time nak exam pun sempat lagi lepak jaya jusco eh…tadi bukak posa kat sana so langsung aa gi usha2 barang…gi tengok kasut sama (padahal nak tgk ‘benda’ lain kot)hahahaha…..

ok la…gi sembang sama budak chomel kat kedai kasut…sambil2 usha kasut tinggi..tetiba macam ter’suka’ kat satu heels ni…kaler turqoise ngan itam (berjangkit ngan ayu yang beli kasut warna yang sama semalam…tapi aku nyer style lain skit)..ape lagi,suka la budak chomel mempromote kat aku kasut tu..siap adik ngan kawan dia pun saiko soh aku beli…dan yang aku tak puas hati ni,kawan baik aku pun saiko aku soh beli kasut tu jugak….haggguuuu….nak beli ke tak nak? cantik tu memang aa cantik….

lama2 aku amik jugak la kasut tu…atas penghargaan pada budak chomel yang dok promote kasut kat aku dari tadi…kekekeke…tapi puas hati laa sebab sedap di pakai dan cantik giler dipandang…huhuhu…melayang aa rm50…sekarang ni mmg duit cepat giler melayang…siang tadi abih rm500 sebab pos barang2 balik rumah…huh,sama je pun pos barang ngan amik barang ngan keta…dengkiiiiiii!!!!

ape pun,barang aku dah abeh setel…aku dah anta balik semua,except barang2 yg aku nak guna lagi sampai abih sem ni..pastu aku angkut semua balik jugak!!oh,ye…esok exam malaysian economy…tatau nak study aper…malas nak study tapi banyak giler benda nak kena ingat…karang ade je aku kejung dlm exam hall sebab tak leh jawab soklan…

ape pun,nak tido dulu coz last nite mmg tak tido langsung..kepada kawan2 yang mengambil exam Malaysian Economy esok,good luck and gambate!! kita boleh…merapu!!!hahahaha….

p/s: si chomel ajak bukak bisnes sesama???hahahahaha….

happy moments…

Thursday, October 5th, 2006

hari ni bukak posa kat city bayview hotel ngan geng2 helmet kesayangan..kalau dah nama geng2 helmet tu memang gamat laa tempat2 yang kitorang pi tu…ade je benda nak ngarut ramai2..yang best nya, sorang cakap satu topik,yang lain ade gak yang nak nyampuk…kire gegar gak aa restoran tu dek suara kami yang dok ngarut tu…

apart from that, makanan kat city bayview giler sedap…banyakkkkkkkkkkk sangat makanan dia dan kitorang just bayar RM36 sorang…kire worth it la kan…bayar banyak tu and makan sedap lak tu..sampai ade yang pening setengah sebab makan banyak sangat…ape pun,ni first time sepanjang bulan posa ni aku makan nasik…ahahaha…tu pun sebab makan buffet dan bayar mahal..kalau tak,mmg aku tak makan aa…

kenape kitorang makan kat situ? sebab si ayu recommend makanan situ sedap..which is true,mmg sedap pun…dan satu lagi sebab semua dah nak berpisah dah nanti..especially aku yang dah nak abih blajar nih…mmg aaa aku boleh datang melawat balik (or,kalau aku tukar fikiran aku ni,mau nyer aku datang keje kat melaka ni balik) tapi perasaan nak abih blajar tu lain sangat laa…sedih dia lain sikit dari perasaan nak balik dari melawat rakan2 yang belajar jauh2..lagi pun,who knows what will happen after this rite? so kitorang pun berkumpul lima-lima orang dan mengarut kat meja makan tu…

pastu pegi dataran pahlawan…best gak megamall yang baru bukak tu…besar gak aa dan banyak kedai…beli kasut vincci satu,buat pakai raya…hehehe…tahun ni pakai heels sebab A) aku dah dikira dewasa…dan B) chomel sikit kalau pakai heels..another one C) nanti keje takde aa nak terguling2 terkehel2 kalau pakai heels kan?oh ye,jumpe bekas classmate kat sana…jadi exec kat padini concept shop…adoii…maunyer aku nak keja nih…hahaha..

okla…nak berenti dulu…nak kena mula study balik…esok nak kemas2 barang utk pos balik ke kedah…habis laa duit aku melayang lagi…uhuhuhuhu….nevermind!!

p/s: saya dan si chomel…hahahahaha….