isu “kawan baik”….

kawan..kawan…kawan….

kalau korang perasan kan, dah banyak kali aku citer pasal kawan dalam blog aku kan? ye la..zaman belajar ni banyak masa kita spend ngan kawan instead ngan parents (kes pakwe/makwe tolak tepi ok)..masa kat rumah dulu, before kita melangkah keluar untuk belajar di universiti dan meninggalkan keluarga, kita tak tahan ngan kerenah parents serta adik beradik kita…tak tahan mak membebel la…ayah naik angin la…abang buli laa…kakak asyik nak menang la…adik asyik menyusahkan hidup la…tapi lain lak kat university ni…kerenah kawan ni memang tak habis2…kalau pasal family ni lain citer aa…kita boleh tegur menegur dan kalau malas nak layan pun, relationship tu still macam biasa..ni kalau kawan, lain lak citer nya…

kalau korang perasan kan, setiap clique or best friends tu mesti ade sorang yang korang tak berapa nak gemar ngan perangai dia…mesti ade yang tak puas hati pasal dia..mesti ade jugak nak komplen pasal dia (kalau tak dekat orang lain pun, maybe dekat rakan2 terdekat or simpan dalam hati)…maybe dalam setiap clique tu, ade sorang yang perangainya perasan bagus, perasan lawa/hensem, bajet dia paling best, bajet orang lain semua depend dekat dia, tak boleh orang lebih dari dia, selalu perasan yang orang semua tengok dia (sebab dia terlalu lawa/hensem), suka buat orang lain rasa macam terlampau bodoh dan teruk dan yang paling penting suka buat orang lain miserable…itu belum kira nak back stab orang lagi tu..ish,ish,ish…

aku taktau la kenapa setiap clique tu mesti ada orang macam tu…well, maybe it’s a sugar and spice in one’s relationship with others dan kalau semua terlampau perfect nanti bosan lak kan..tapi kalau sampai membuatkan orang lain menyampah tu teruk aa…dah la orang menyampah ngan awak tu…dah tu bosan lak tu kalau nak bersama2 ngan awak…kalau boleh, orang memang laa nak melarikan diri dari awak tu..awak je yang taktau…awak ingat orang semua nak kawan ngan awak la ek?…orang macam ni pada aku, kalau diikutkan secara psikologinya…dia ni mesti ada something wrong ngan diri dia..or dia ni sangat low self esteem dan cara untuk come over dengan masalah tu ialah dengan merasakan diri dia sangat best dan secara tak langsung nak menjatuhkan orang lain..orang jenis macam ni pun tak suka kalau orang lain nak lebih dari dia…mesti dia pun ade jugak nak menceritakan kebagusan diri dia kalau ade orang lain menceritakan something… dan orang macam ni sebenarnya takde kawan pun…selalu buat orang lain rasa yang mereka ni sebenarnya sangat dependable dengan dia ni…aduh…ingat orang lain takde kawan lain ke? cuba kalau kita hang out ngan rakan2 lain…ha, sorang jugak awak berjalan yer….takde kawan rupanya…

aku tak suka orang yang perangai macam ni…nak bawak jumpa kawan2 baru pun segan…satgi kalau kita gossip2 pasal benda yang dia taktau tu mula laa nak tarik muka la…buat muka laa…sebab kita ni macam buang sangat masa dia yang macam precious tu…padahal awak tu yang nak join kitorang mula-mulanya..satu lagi aku pantang gile ngan orang yang selalu nak kita ikut dia gi mana-mana tapi bila turn kita nak ajak dia pegi tempat yg kita nak, mula laa buat alasan…nak kena balik la…nak itu laa..nak ini la…eii…dalam berkawan ni kena banyak compromise dan bertolak ansur..tak leh nak selfish…orang tak suka..satu lagi orang yang aku tak suka ialah orang yang selalu menganggap diri dia perfect dan orang lain macam berdosa giler aa..memang je nak kena terajang ngan aku…oh ye, kepada orang yang suka perasan2 tu takyah aa datang sembang ngan aku kalau taknak kena terajang ngan aku….

aku tak spesifikkan pada seorang je dalam blog aku ni..aku cakap pada semua orang yang ade kawan dan lebih tepat lagi kepada orang2 yang ade clique ni..sebab mostly bila aku sembang je ngan kawan2 aku dari different clique, ade je citer pasal isu "kawan baek" ni…jangan ingat kalau kita rapat ngan orang tu, kita suka 100% ngan perangai dia…bukan semua orang boleh kawan ngan orang macam tu..dan bukan semua orang yang boleh sabar ngan orang macam tu…kekadang tu orang senyap je bila tak puas hati ngan kita tapi bila tahap kesabaran tu dah melampaui batas,mula laa orang mintak space dan lama2 orang pun tinggalkan kita…kalau kita dok bajet yang kita ni best, memang laa takde orang nak kawan nanti..

orang kata kalau ade seseorang tu menjauhkan diri dari kita..ianya berdasarkan dua sebab..satu, orang tu buat salah ngan kita dan rasa bersalah untuk tegur kita balik…dua, orang tu menyampah ngan kita dan malas nak layan….kalau dah orang tu tak buat salah ngan kita tu paham2 je la naper orang ignore kita…

p/s: keep it low profile, babe

One Response to “isu “kawan baik”….”

  1. pJa bUcUuKKK Says:

    berkesan sungguh…sah sah ko layak amik psychology course……

Leave a Reply