back from vacation…
yeahaha….baru je balik ke apartment after 2 days off with my sis n my aunt untuk me’release’kan tensen…finally setelah aku hampir habis blajar kat mmu melaka ni,diorang datang melawat aku and kitorang spent masa bersama2 bersembang2 dan berjalan-jalan…actually tak jalan gi mana2 pun, just bawak gi mahkota parade ngan jusco jer…kakak aku dah guling2 kat MP sebab banyak sangat baju lawa2 kat situ..bak kata dia "ish, kalu mcm ni mmg tido kat MP la nampak gayanya.."..hahaha….giler ape pompuan tu shopping…maklumla, kedah bukannya ada banyak sangat benda2 macam tu…tapi still aku bersyukur dok kat kedah walaupun kekadang bosan sebab takde la pulak nak ngarut2 pi tempat yang tak sepatutnya..
and i was happy to introduce my best girl friends, yan ngan aida kat didie ngan makcik…and kitorang hang out sesama gi jonker walk dan makan2…happy coz my family finally knew that i actually do have normal friends instead of my old friends yang selalu dapat disapproval oleh family..takut aku tak jadi ‘orang’,kata diorang la… tapi bila fikir2 balik, kalau kawan baik macam mana pun tapi diri sendiri yang teruk tu still jadi teruk jugak..tapi kalau kawan jahat macam mana pun, kalau kita taknak buat benda bukan2 tu,kita takkan buat jugak..ape pun semua bergantung pada diri sendiri…so,thanx to my girls sebab sudi spent masa ngan makcik n kakak yang saiko sokmo tu…hehehe
masa lepak sesama tu, aku citer kat family aku sebab ape aku nak sangat amik psychology ni…since ramai yang selalu sangat salah anggap pasal psychology ni..common mistakes dalam tanggapan orang pasal psychology ni ialah
a) ramai orang ingat psychology is all about meng"psycho" orang..sebab bila aku cakap je nak amik psychology, orang mesti kata "eee..mesti ske saiko orang kan?takutnyerrrr…."..well, WRONG !!bukan sebab nak saiko orang tapi sebab nak paham kenapa orang behave that way
b) orang ingat amik psychology ni sebab ada masalah mental..WRONG again !! amik psychology ni sebab kita tengok ramai orang memendam perasaan tapi taktau or taknak luahkan so jadi psychologist ni adalah untuk mencari jalan bagaimana nak ajak orang ramai2 memberitahu apa yang terbuku di hati dan dalam masa yang sama cari jalan penyelesaian bersama…keje psychologist ( dan sewaktu dengannya ) adalah utk membantu orang agar lebih kurang menjadi emotional dan cari penyelesaian baru utk kurangkan tekanan dan masalah orang utk overcome kelemahan teknik2 sebelumnya..kalau dah psychologist pun gila, macam ne nak rawat orang sakit jiwa? tak belajar ke??
c) orang ingat amik psychology ni akan end up keje kat wad orang gila..again, WRONG !! maybe in Malaysia, yes but tempat lain mmg tak aa…ade aa jugak keje kat wad orang gila but since orang kat negara lain bersikap open minded jadi jumlah orang gila kat negara diorang tu kurang berbanding ngan negara kita sebab kononnya orang Malaysia lebih rela memendam perasaan dan menggilakan diri sendiri dari memberitahu perkara yg terbuku di hati..kalau nak ikutkan, psychology ada beberapa cabang..ada keje bhgn neuro,trauma,relationship,drug and alcohol abuse,early childhood,marriage,death, to name a few…diorang bukan gila..tapi ada gangguan perasaan dan harus ditolong
d) psychologist adalah counsellor….bertapa sempitnya minda orang kita…psychologist is not only about counsellor tapi banyak keje leh buat..jadi psychiatrict ( kena amik medic gak ), health psychologist, neuro psychologist, educational psychologist, organizational psychologist, development psychologist dan counsellor is a part of psychologist…cuma counsellor lebih banyak mendengar luahan hati pesakit dan psychologist yg lain kena wat research utk cari jalan penyelesaian terbaik dan rujuk pada psychiatrict utk suggest ubat-ubatan yang sesuai
back to the main topic…kenapa tak boleh blajar psychology sedangkan benda tu berguna untuk masa depan? kenapa perlu dilabelkan sebagai sakit mental baru ada sebab nak amik psychology? kenapa tak paham yang psychology takde peluang keje kat malaysia dan hanya oversea saja yang dapat memberi level dan peluang yang baik pada kita? dan kenapa tak paham yang experience kita dapat dari belajar kat negara orang lain tu boleh di apply dan adapt dekat orang2 kita? bila kita dah tau cara, lagi senang nak approach orang utk tahu apa yang diorang rasa selama ni dan ambil inisiatif utk tolong orang2 macam tu..dan kenapa anggap keje psychologist ni tak banyak sedangkan untuk jadi business consultant pun kena guna psychology…mmg boleh belajar dari common sense but if salah step, memang dua2 pihak boleh dapat masalah…
bak kata aku kat kakak aku, orang tak pikir masa depan..orang kita asyik stuck pada masa sekarang…bukan aku hegeh sangat nak sanjung negara orang sampai nak blajar oversea..aku nak jadi orang yg benar2 layak utk memperjuangkan benda baru di Malaysia dan dalam masa yang sama bantu orang lain utk develope diri sendiri…kalau kita dah tau macam mana orang tu berjaya, kita kena la pandai2 approach orang tu dan belajar cara diorang…maybe kita boleh berjaya jugak…dan tujuan aku nak amik psychology ni sebab aku maybe boleh tolong kakak aku dalam bisnes KUMON dia nanti…masa ada parents meeting, aku boleh tolong mak bapak dan anak2 paham situasi masing2…susah kalau orang tak paham niat murni orang lain ni…asyik nak kondem jer…dah la bodoh sombong, narrow minded, pastu jenis tak puas hati ngan orang lak tu…dah engkau tak layak nak buat semua benda tu, tak yah aa nak dengki2 ngan orang lain
sekarang memang aa aku membebel sebab orang tak pernah nak paham ngan niat aku ni…aku sure korang pun akan membebel or akan say something untuk menegakkan korang punya pendirian sebab bukan semua orang paham apa plan korang..hanya korang je yang paham apa jalan yang korang pilih dan macam mana korang nak tentukan masa depan korang…so ape pun, go for it janji jangan busuk hati ngan orang lain dan yang penting, jangan dok cilok2 idea orang lain lepas dengar apa orang lain bgtau korang tentang plan hidup diorang..though aku nak amik psychology tapi aku ada bisnes lain yg aku nak buat..tapi taknak bgtau kat sini sebab nanti ade orang cilok idea aku…hahahaha….
so korang yang membaca diharap jelas dengan penerangan aku tentang psychology dan kenapa aku nak amik psychology..lepas ni takyah aa dok kondem2 orang lagi…tak guna ape pun…aku pun malas nak ambik tau pasal korang..korang nak jadi ape pun jadi la janji jangan cari pasal ngan aku dah…karang tak pasal2 ade je yang kena ngan aku secara halus…hahahahahaha (gelak jahat)
oh ye, selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kira di mana jua anda berada…puasa jangan tak puasa…benda ni je la pun nak dapat pahala…benda lain tu dah tertimbus dgn dosa dek busuk hati ngan orang…mintak maaf in advance semua!!
p/s: mmg kena periksa mental dulu ke before amik psychology??
kalau hati dah murni tu of coz laa mental pun okay…kalau dah hati busuk n hitam macam bontot kuali tu maybe ada masalah mental…sila lah berjumpa dengan pakar anda…
p/p/s: miss my sis n makcik already..tak sabar nak balik 2 minggu laie!! yay!!