aku dan aku sahaja…

hari yang tenang…bermula dari tido yang cukup dan berkualiti…actually aku bukannya baru bangun…dah balik kelas dah pun..saja nak bagitau yang i had a fantastic day and the class seems to be enjoyable than usual…dari menulis nota berjela-jela ( and i dun mind actually sebab kelas hari ni macam interesting sikit..maybe sebab belajar pasal budget 2007 dan tau berapa jumlah yang dah di allocate untuk setiap sektor..) dan sesi menangis sebab makan gula2 mentos yang masam..sian nana san sebab tak tahan masam..aku pun tak tahan masam gak…ade aa menggelupur sekali dua aku ni sebab tertelan yang masam punya…adeh, jahat sungguh rakan2 kerana telah memperdayakan aku yang agak senang diperdaya ni…hehehe…ape pun, best giler sebab gather ramai2 dalam kelas walaupun banyak kali jugak lecturer dok usha kami yang sedang menyembang + makan + minum + menggelupur sebab gula2 masam…hehehe

hari ni ada beberapa orang puji aku sebab aku pakai tudung yang agak berbeza dari tudung2 yang pernah aku pakai sebelum ni..segan jugak sebab aku tak suka sangat orang puji2 ni…malu seh…ade kawan cakap muka aku macam minah arab pun ada…mekasih tapi aku bukan kacukan arab…aku kacukan siam..muka aku tak laa lawa sangat sampai nak dikacuk2 arab ni…siam pun dah cukup..mata sepet..hahaha…

sekarang tengah menghabiskan masa depan komputer (seperti selalu..) sebab nak mencari idea2 untuk menulis novel…mood aku utk tulis novel dah datang balik so aku kena aa cari bahan2 menarik utk menulis…funnily enough, aku suka tulis tapi tak suka publish or bagi orang lain baca…ntah kenapa..maybe aku tak berapa suka sangat kot orang tau apa yang aku rasa selama ni..memang aa aku tulis novel guna watak2 lain dan environment yang berbeza tapi somehow jalan cerita dan karektor2 serta perasaan setiap karektor itu ada berkaitan dengan apa yang berlaku kat aku dan apa yang aku inginkan benda tu berlaku…it’s more like an imagination to me..aku lebih suka berangan2 sebab bagi aku, dunia itu sempurna dalam mimpi kita sendiri…aku lebih suka mencipta kebahagiaan dalam dunia aku sendiri..tapi aku still berpijak di bumi nyata bila aku tak berangan2…

well, that’s me…dan aku tak mampu nak mengubahnya lagi…

p/s : sekarang tengah seronok dengr midi dari games final fantasy 8 ngan 10…lagu2 semua best dan aku terkhayal sebentar dengan melodi2 dari games ni… these are my favourite PS 2 games…

Leave a Reply