sakit mental?

korang tak rasa susah ke nak puaskan hati sorang demi sorang kawan korang? sorang ni perangai dia macam ni…sorang lagi perangai dia macam tu…karang kalau layan kerenah yang sorang ni tapi tak layan kerenah yang sorang lagi tu, haru la pulak…ade yang tak puas hati laa..merajuk tak tentu pasal laa…jauh hati laa..and so on…bukannya nak kata menyusahkan orang…tapi kalau dah kawan sendiri pun tak respek keadaan kita macam mana, tu dah kira menyusahkan la tu..

ok la,korang mesti pikir aku dok membebel ape kan? aku pun taktau aa aku cakap ape sebenarnya ni tapi bila aku fikir2 balik keadaan aku yang boleh dikatakan ramai kawan dari pelbagai jenis dan perangai,pening gak aku sebenarnya dan kalau boleh aku rasa aku taknak ade kawan ramai sangat..sebab member sekolah aku ni ade citer pasal masalah dia kat aku…dan actually aku pun pernah hadapi masalah macam ni so aku rasa tak pe kot kalau aku kongsi bersama2 ngan korang…

kawan aku ni ade aa ramai kawan gak, macam aku…tapi one of the friend ni tak leh tengok orang senang sikit…ade je nak busuk hati…kalau tak penuhi hasrat hati dia atau dalam erti kata yang lebih manis, taknak dengar cakap dia dan ikut telunjuk dia, mesti dia marah dan tarik muka masam sampai taknak layan orang dah…kalau kita ada barang bagus sikit, mula laa nak perli itu perli ini…bajet macam tak layan laa…padahal teringin nak benda yang sama jugak…bak kata orang, taste masing2 laa kan…suke hati aa nak beli barang ape pun…yang dengki tu ape hal…bukan gune duit dia pun…

ni satu lagi, kalau orang tak ajak dia ikut sama tu mula laa nak marah2 laa, perli2 laa…pastu cari back up, ajak kuar jalan2 gi tempat yang sama and then cerita habis kat semua orang yang dia pun pegi tempat tu jugak…cerita tu macam orang tak pernah pegi jalan2…kesian, maybe mak bapak tak mampu tapi aku tak kisah semua tu…bagi aku, latar belakang keluarga bukan la penting sangat sebagai syarat utk jadi kawan aku cuma cara orang tu perasan lebih yang buat aku nyampah

aku selalu kategorikan orang yang macam ni mempunyai masalah mental atau lebih tepat lagi sakit jiwa…kesian kan orang yang sakit jiwa ni…fikiran selalu tak rasional…selalu nak kata dia yang paling hebat..orang lain semua tak hebat macam dia…maybe masa muda dulu dia tak dapat apa yang dia nak, sebab tu laa dia tak puas hati sampai dia besar ni…simpati gak aku kat orang macam ni…padahal kawan ade je di sisi untuk mendengar luahan hati…cuma kawan tak boleh aa ada 24 jam ngan kita…dia pun ada hal sendiri jugak…tak boleh aa nak expect kawan nak berkepit selalu…kalau bagitau awal2 dan dengan cara baik,maybe kawan akan consider untuk meluangkan masa ngan kita,ye tak?

ntah aa…aku pun tak paham ngan orang macam ni…susah aa nak puaskan hati semua orang…semua orang expect kita nak layan perasaan diorang, habis tu perasaan kita ni ade sapa nak kisah ker? aku taknak spesifik kan pada sesiapa tapi sape yang termakan cili, dia la yang rasa pedasnya…harap2 kita dapat berubah agar kita tak menyusahkan orang lain…kalau macam ni laa gamaknya perangai, sape pun tak nak kawan ngan kita….sure orang lari nyer aa…percaya aa cakap aku….

2 Responses to “sakit mental?”

  1. -AiDa IrDaYu- Says:

    hohoh…silau mata den baca blog ekau ni..ape pon isi kali ni agak tajam bunyik termasuklah kesilauan kaler tulisannya..x m’bosankan spt sblmnya…ahahaha =p (jgn marah kecik..nnti kene tido luar)

    manusia mcm2 ragam..xleh nk marah so ignore is the best way. Maybe ignore dianggap rase bersalah or takut oleh org tp hati benci sebenanya..pk2 kan la.

  2. -JaMiEChEeKyE- Says:

    mmg aa kali ni isi bagus sebab ada sejarah kan? yang lain takde kene mengena ngan ekau eh…

    adapun blog ku mmg bersilau2 sebab tujuannya mmg nak kasik sakit mata…hahahaharun..

    ape pun, ramai2 amik iktibar dari citer atas eh…

Leave a Reply