Viva La Italia!!
Monday, July 10th, 2006finally…world cup tu menjadi menara berkembar dengan pisa tower sebab ia jadi hak mutlak itali yang menang malam tadi…viva la italia!! tak rugi aku sokong itali…walaupun aku dicemuh2 oleh ahli keluarga aku sebab diorang semua nya sokong perancis, tapi nasib memang menyebelahi aku kali ni…maybe sebab balas dendam setelah pasukan2 kegemaran aku semuanya kalah…tapi 2 dari pasukan feveret aku iaitu german ngan itali dapat tempat pertama ngan ketiga…yay!! aku ingat lagi masa betting pasukan mana yang menang world cup, abah kata perancis akan menang sebab zidane ade dan sesapa ntah lagi pemain yang aku tak ingat nama tapi bagi aku, bukan pemain yang hebat menjadi punca kemenangan sesuatu pasukan tapi cara bermain tu menentukan sape yang paling hebat…memang aa menang penalti tapi kire hebat aa goalie dapat jaga tiang goal dengan jayanya…hahahah…
ok la…nuff bout world cup..dah habis dah pun…nanti wat kat south africa lak..macam ne nak pi ni…kalau kat europe tu bleh aa gagah2 pi gak…isk, ngarut lagi aku ni..aku ni besa aa…kalau baru balik dari kl mmg aa ngarut banyak…balik kl tu bukannya nak study…main je lebih…nampaknya mmg tak leh nak balik umah lagi laa lepas ni…uhuhuhu…
pasal AF, diddy terkeluar..sayang gaks dia keluar…ada potensi…bakat pun ade…hey,aku tak minat diddy aa…tapi aku rasa dia tak patut keluar..yang patut keluar tu haziq…tetiap minggu hancuss..tapi nak wat macam ne kan,dah rezeki dia…pasal leez masuk lak…orang ramai komplen yang tu ialah kezutan murahan…leez tu kalau dia tau keadaan sebenar pun mesti awal2 dia taknak diserap masuk gak kan? seminggu je pun…tapi rasa2nya diorang nak kekalkan tak leez tuh?cakap pasal diddy…diddy dah bertunang…agak2 nanti dia jadi macam mawi tak? ape2 pun, aku sokong faizal sokmo…kitorang beza sehari je umur…kirenya aku tua sehari aa…hahaha
bercakap pasal mawi…sian sungguh…walaupun aku tak minat dia tapi aku kesian…ex-tunang dia tu aku rasa dah melampau kot…korang tak perasan ke pompuan tu macam dah over?kalau aku la kan, aku tak le nak bising2 kat media…aaa…satu lagi..buku pasal siti ngan datuk K dah keluar so sesapa yang fanatik sangat ngan siti tu bolehla dapatkan di kedai2 buku berhampiran sekarang…kalau orang tanya aku apa pendapat aku pasal siti ngan datuk kesayangan dia tu, aku senang je…"NO KOMEN…malas nak layan dia…bukan dia kesah pun aku couple ngan sape"…hahahaha….aku tulis ni pun saja2 jer nak bagitau kat semua orang ape yang terjadi sekarang ni…agaknya tak lama lagi aku mmg aa jadi penulis berjaya…hahahaha
ok la..perut aku dah main lagu keroncong ni..nak pekena milo sambil melayan email2 peminat….hahahaha….chow!!
p/s: taknak jadi macam huzz…rambut serupa Anna Sui tapi mcm singa!!