bila budak pokai membeli-belah…
yahahahaha…baru je balik dari dinner…hari ni makan koewteow (walaupun sebenarnya bukan la boleh makan sangat sebab nanti sakit perut tapi kalau dah teringin tu…belasah je aa)…dan seperti bebudak university yang lain, hujung bulan ni memang laa sesak sikit poket sebab duit tak masuk lagi…so makan je laa benda yang murah2….air pun setakat air kosong jer..huhuhu..
namun bukan itu maksudku menulis blog ni…saja nak citer yang lepas makan kitorang pi kedai cd..usha dvd yang ade kat situ…aku nampak the whole set of "sakura cardcaptor"….nak beli la sebab set yang aku beli kat sungei wang plaza tu rosak laa…benci…tapi kena kumpul duit dulu sebab dvd ni seratus lebey dowh…
ape pun, kitorang nampak dvd kegemaran masing2 dan semua pakat nak beli dvd tu (superman, the dorm dan tresspassers)…malangnya, bebudak pokai ni tak cukup duit maka mereka bertiga ni terus mengorek duit baki dari makan malam ni dan berkongsi bersama2 utk membeli 3 dvd tersebut…kesian…macam ni laa kalau dah pokai tuh….nak beli pun kena kongsi2 duit…wakakaka….
tapi yang bestnya kitorang mmg dah beli dvd tu dan malam ni movie marathon akan bermula….(tak sabar sebenarnya nak tgk movie ni..almaklumla…duit takde so tak leh nak tgk wayang…tgk dvd pun jadi ler…)
oh yer,tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab nak balik kl (maybe) dan sekaligus balik ke kedah utk midterm break…2 minggu kot….hahahaha….nak pi x-ray kaki aku yang dah 9 minggu "bengkak"…isk, malang….
ok la, koewteow tadi dah mula bagi effect yang tak baik utk perut aku so i better stop here…take care everybody!!
p/s: nak balik !!!