Archive for July, 2006

midterm break…

Thursday, July 27th, 2006

yay…finally setelah hampir 2 bulan aku melepak kat bumi bersejarah ni tanpa mengenal erti penat berjalan2 especially di waktu malam, aku boleh juga pulang ke hometown aku di kedah…esok aku akan balik kl dulu, jumpe abah serta family di kl before aku balik kedah utk jumpa family kat sana pulak…kat kl nanti boleh la shopping hadiah utk didie yang kebetulan besdaynya jatuh pada hari sabtu ni…happy birthday my dear sis…dah 25 tahun dah…

aku akan bercuti selama 2 minggu…amik seminggu extra utk bercuti…saja gatal nak balik awal..sebab after midterm break for sure busy giler…maklum la…time tu laa orang baru sibuk2 nak buat esaimen last minit…lalalalalala~..ape pun, aku ok je sebab tinggal satu lagi je esaimen aku…pastu lepak dan study for final exam…

cuti ni mesti tak leh online ( as usual…) dan aku kena study utk midterm exam…huhuhu…dan yang paling bosan sekali ialah cuti nanti mesti rindu giler sebab aku tak leh nak chatting ngan kawan2 especially Mr. K…tapi takpe laa…biar dia settle kan project dia…budak final sem mesti busy kan project so aku kasi chance aaa…hihihihi….[tapi aku mesti rindu dia...(*_*)]

aku balik nanti nak main kucing-kucing,ikan-ikan serta hamster-hamster kat umah…umah aku dah jadi macam zoo dah…banyak giler menatang…ni sepupu aku nyer keje aaa…obses ngan haiwan2 chomell…hahahaha…balik nanti mesti aku jadi mangsa bersihkan kucing2 dan hamster2 tu…huhuhuhu~

oh ye, kepada kawan2 yang berada di KL, kalau nak ajak aku kuar tu boleh sebab aku ade kat kl 28-30 julai ngan 11-13 ogos…kepada kawan2 kat kedah, aku ade kat kedah dari 31 julai sampai 10 ogos…so pandai2 aaa nak gunakan masa utk berjumpa ngan aku (kalau nak jumpe aa..kalau taknak aku tak kisah)

oklah…aku nak beransur dulu…nak berangan2 sambil fikir hadia ape nak beli kat kak aku tuh…oh ye, nak kira bajet utk ke konvo nanti…nak jumpe kengkawan yg dah nak konvo(especially awak…ye awak..saya nak jumpe awak…awak tau sape awak…belanja saya makan kat summit cepat!!)

p/s: gile aku ni…otak dah weng sebab tak sabar nak balik rumah…lalalalala~

bila budak pokai membeli-belah…

Tuesday, July 25th, 2006

yahahahaha…baru je balik dari dinner…hari ni makan koewteow (walaupun sebenarnya bukan la boleh makan sangat sebab nanti sakit perut tapi kalau dah teringin tu…belasah je aa)…dan seperti bebudak university yang lain, hujung bulan ni memang laa sesak sikit poket sebab duit tak masuk lagi…so makan je laa benda yang murah2….air pun setakat air kosong jer..huhuhu..

namun bukan itu maksudku menulis blog ni…saja nak citer yang lepas makan kitorang pi kedai cd..usha dvd yang ade kat situ…aku nampak the whole set of "sakura cardcaptor"….nak beli la sebab set yang aku beli kat sungei wang plaza tu rosak laa…benci…tapi kena kumpul duit dulu sebab dvd ni seratus lebey dowh…

ape pun, kitorang nampak dvd kegemaran masing2 dan semua pakat nak beli dvd tu (superman, the dorm dan tresspassers)…malangnya, bebudak pokai ni tak cukup duit maka mereka bertiga ni terus mengorek duit baki dari makan malam ni dan berkongsi bersama2 utk membeli 3 dvd tersebut…kesian…macam ni laa kalau dah pokai tuh….nak beli pun kena kongsi2 duit…wakakaka….

tapi yang bestnya kitorang mmg dah beli dvd tu dan malam ni movie marathon akan bermula….(tak sabar sebenarnya nak tgk movie ni..almaklumla…duit takde so tak leh nak tgk wayang…tgk dvd pun jadi ler…)

oh yer,tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab nak balik kl (maybe) dan sekaligus balik ke kedah utk midterm break…2 minggu kot….hahahaha….nak pi x-ray kaki aku yang dah 9 minggu "bengkak"…isk, malang….

ok la, koewteow tadi dah mula bagi effect yang tak baik utk perut aku so i better stop here…take care everybody!!

p/s: nak balik !!!

boring sunday…

Sunday, July 23rd, 2006

dey…bosan giler weii….tak leh nak buat ape…mata makin kuyu even though baru je kul 8.15 mlm…nak study tu mmg kim salam laa…sekarang pun mata dah kuyu..kalau study, ntah2 tergolek atas lantai tak? ahahahaha…..

tadi kuar mkn pizza hut…try cheesy bites dia..boleh tahan aa tapi lama2 tu muak giler aaa…aku skarang bukan leh makan banyak2…karang aku tak tahan..(bajet aa tu..)well, maybe sebab makan pizza kot aku rasa ngantuk sekarang ni…

sekarang aku bosan…rindu pun ade…nak chatting malas la pulak…bajet mcm nak kacau Mr. K tapi takut dia tensen lak aku asyik dok ganggu hidup dia….huhuhuhu…nak tak nak kena tengok je laa nama dia kat senarai ym aku tu…tapi takpe, kalau setakat tengok nama pun dah boleh senyum kan…kira ok laa tuh…wakakakaka…angau jangan tak angau…sorry laa Mr. K, but u really are on my mind every single day….huhuhuhu…tu laa, orang suruh habaq taknak…takut laa pulak..kan ke kena usha ID Yahoo Messenger je….waaaaaaaaaaaaa..takut lerr…

oh, ye…semalam chatting nyer chatting ngan sorang sahabat, baru dapat tau yang dia juga turut meminati cecelia ahern, penulis buku P/S: I Love You…buku tu antara best selling kat MPH..ramai orang recommend buku tu so aku beli la…kebetulan sahabat aku ni pun membeli buku yang sama…maka kami pun berbual laa pasal buku ni… ( oh, awak perasan cecelia tu bakal bini awak eh? )..ape pun, citer dia touching gaks aa…kalau minat boleh beli….hihihihi

p/s: sekarang tengah nak membaca buku cecelia - if u could see me now…sambil melayan lagu teddy geiger - for u i will….

being a happy teenager…

Thursday, July 20th, 2006

aku ade buku yang aku boleh recommend kat korang yang selalu rasa diri korang unlucky (in friendship,love,everything) or different from other people that makes you feel you don’t want to be a part of them or if you are having a problem dealing with you teenage life - sama ada pasal kawan, parents or study…

korang try la baca buku " Being a Happy Teenager " from Andrew Matthews…walaupun korang rasa korang bukan lagi teenager, tapi takpe sebab buku ni memberi peransang utk orang2 yang bukan teenager jugak…aku dah baca buku ni and i found it very helpful

dulu aku selalu fikir yang aku ni ada banyak gile masalah…family laa,kawan2 laa, ape la..aku selalu rasa family selalu expect lebih dari aku, kawan2 tak paham aku, study aku tunggang terbalik laa ape laa…tapi bila aku try baca buku ni, aku rasa macam dia dah tolong aku utk memandang dari sudut berbeza dan tak cuba utk complicated kan keadaan…kita sebagai anak dan remaja selalu ada je benda yang tak puas hati sebab time ni kita tengah membesar dan kita sedang mencari hala tuju sendiri dan kita selalu rasa ada saja orang yang cuba nak halang kita dari nak buat something…dan kita rasa kita nak memberontak..kita jugak selalu rasa ibu bapa selalu mengongkong dan membuatkan kita rasa malu sebab ada mak bapak macam tu tapi bila kita fikir2 balik kan, diorang buat tu utk kebaikan diri kita jugak…masa dulu aku selalu jugak rebel sebab tak suka orang kongkong aku tapi bila aku fikir2 balik (masa dah tua2 ni), betul gak ape yang diorang buat…kalau tak, aku memang dah tak jadi orang aa…

aku tak leh aa nak tulis semua isi kandungan buku ni sebab banyak sangat..apa yang aku boleh simpulkan dari buku ni ialah ia akan membantu kita utk melihat dari aspek yang berbeza dan tak salahkan satu pihak saja…try aa baca, korang mesti rasa lega jugak…oh ye, dia pun tulis buku " Being Happy" dan " Follow Your Heart " dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa…kepada sesapa yang belum baca lagi, ni boleh dijadikan light reading korang…selamat membaca!!

p/s: even kaunselor pun recommend buku2 Andrew Matthews ni kat pesakit dia… aku rasa maybe sebab ni aku nak jadi kaunselor kot…nak tolong orang utk tengok dari perspektif yang berbeza dan menjadi lebih tenang dlm mengharungi hidup..

old skool memories

Thursday, July 20th, 2006

tetiba aku rindu kat sekolah rendah…

SRK St. Nicholas Convent,Alor Setar Kedah…aku jejak kaki kat skolah tu since 1991…masa tu aku darjah satu…ingat lagi masa aku baru masuk sekolah…terlupa lak ngan sape aku mula2 kenal dulu…tak silap aku budak india…sebab kitorang sama2 makan roti coklat masa mak2 tengah dok daftar sekolah…hahaha…tapi sape pun dia,kitorang still kawan sebab aku kawan ngan semua orang kat skolah tu..i mean,batch aku aaa…

aku masuk 1 kuning…masa tu aku tak sure aku pendiam ke bising dlm kelas…tapi aku kecoh gak aa…aku suka compete dlm kelas…kalau agak2 kawan aku tak leh jawab soalan,aku cepat2 nak jawab…tapi time cikgu tanya aku,mmg for sure aku tak jawab nyer laa…ketua kelas aku sue ling n penolong lak raizil…mana pi raizil sekarang aa? dia mesti ingat aku dah lupa dia tapi aku sebenarnya payah nak lupa orang…aku pun tak sure whether dia ingat aku lagi ke tak… dlm kelas aku suke time lukisan sebab aku suka lukis dan warna…dan orang akan nampak aku duduk kat atas lantai or mana2 tempat yg aku rasa selesa utk aku wat keje…wakakaka…aku cepat dapat kawan..maybe sebab friendly..aku pi dari kelas ke kelas dan sembang ngan sape2 yg nak sembang ngan aku…aku ade aa sembang ngan orang tapi aku tak tanya nama…memang perangai aku dari dulu, sembang ngan orang rabung giler tapi tak tanya nama…that’s why aku tak expect orang utk tau nama aku gaks…aku masa darjah satu mmg competitve, selalu sangat nak menang..tak leh orang lain lebih dari aku…hahaha….

masa darjah 2-5 aku dok kelas putih (or setia selepas ditukar nama)…competition tu rasa jugak tapi aku dah malas nak layan sebab cikgu2 asyik dok menangkan budak cina…cikgu2 memang bias masa tu especially cikgu2 cina…dah orang tak bagi tumpuan kat aku, aku pun malas nak memberi komitmen yang sama…aku still study tapi aku tak laa sehebat masa aku darjah satu tu…dan aku malas sebab ape2 persembahan sekolah, cikgu2 akan pilih budak2 cina (lagi!) walaupun diorang sebenarnya bukan laa ada bakat sangat pun…aku selalu dok belakang tabir, mekap kawan2 aku yang nak buat persembahan…tu pun kawan2 melayu yg mintak tolong aku je aa…tapi masa darjah 3 & 4, cikgu amik aku berlakon…tu kira kejayaan aku dlm aktiviti luar sekolah sebab everytime lawan,kitorang mesti menang…that was a great memory for me…

masa darjah 6, pindah ke kelas Nikmat…masa tu aku dah serius dah belajar…selalu compete ngan budak cina dlm kelas aku dan kelas2 lain…aku nak amik UPSR kan so kena aa compete..cikgu kelas aku, cikgu Fatimah pun dok bagi semangat kat aku…dia kata dia nak aku dpt semua A ( which i did and thanks to her…sampai sekarang dia ingat aku lagi…hahahaha)…dia banyak giler tolong aku dan sebab dia aku jadi budak rajin study…nyahaha…

banyak benda yang aku suka pasal skolah rendah ni..apart from academic ngan ko-kurikulum, aku suka kawan2 aku…semua batch aku tu adalah kawan2 aku except for bebudak yang belagak2 dan taknak join grup orang lain…tapi aku rasa aku kawan je ngan semua…main galah panjang waktu rehat sama2, main chicken, hotdog ,burger sama2..jual gelang laa,sticker aaa…masa tu memang pandai main bisness…aku tak leh aa nak senaraikan semua nama kawan2 aku kat sini..karang tak cukup pulak page…korang tau sape korang dan aku memang sayang korang…hope that we can meet again ok?

p/s: ranjetha, u really remind me of school…still, i love it when u said that we are eternal friends…we are indeed an eternal friends…

apehal??

Tuesday, July 18th, 2006

what the fuck with all the boobs flashing thingy? penuh buletin board kat frenster ni….adoi….semua dah pervert sangat ke nak tgk gambar boobs ni? macam tak pernah tengok jer pun…adoii….

yang aku tak sangka kan, budak baik pun ade jugak yang post pasal boob flashing ni dengan harapan bleh tengok aa…tapi bila fikir2 balik dan setelah berbincang ngan rakan2 perempuan, betul laa…semua laki same jer…baik ke jahat ke, semua fikiran kotor jer…pompuan pun same…malahan aku juga pervert seperti tu…ok la,aku faham laa naluri manusia yang juga bernafsu…boleh dimaafkan…

tapi kan…tak sangka budak yg aku ske tu pun post jugak banyak2….banyak giler lak tu……waaaaaaaaaaaaaaaaaaa……aku ingat dia tak layan benda2 macam ni…aishh….tapi takpe laa….sabar je la jimah…anggap je dia laki biasa….wakakakaka…

p/s: aku ske layan mamat2 horny kat yahoo chat…ntah giler ape ntah merapu…layan je laa..kalau tak tahan aku blah aa…wakakakaka

ngantuk!!

Monday, July 17th, 2006

argghhh…..

asal nak study je,mata pun mula la nak kuyu….time buat benda lain,mata tak pulak nak kuyu..ngantuk siot…tapi takpe,janji dah cover satu bab ethics…lagi 4 bab tu esok2 la…huhuhu…study…tetiba teringat lak kat kengkawan yang dah habis…dan belum kerja…pemalas punya budak2…asyik nak lepak kat umah dan goyang kaki jer…hahahaha

so sekarang aku tengah mengupdate blog sambil melayan lagu brandi carlile - closer to you…aku memang layan lagu country ni…taktau la dari sape datang nya minat lagu country ni…rasanya family aku takde la pulak dengar lagu2 macam ni…isk…silap tune..hahaha…ape pun,janji layan!!

hari ni kat FBL wat ala2 jonker walk…tak banyak sangat pun barang dia tapi yang penting abang jual waffle ngan minuman popular dia tu ade kat kampus…boleh la aku merayap2 pi beli waffle kat situ…abang cina tu sampai dah kenai aku kot…siap tanya aku dah makan ke belum,taknak beli waffle ke? nampak sangat aku ni kaki makan dan kuat merayap ke gerai dia…wakakakakaka

arghhhh…mata dah kuyu balik…dalam masa 5 minit pas aku save blog ni aku akan masuk ke alam mimpi…or sekadar bergolek2 atas katil aku yang penuh teddy bear tu…uhuhuhuhu…..nak balik!!

re-cycle

Sunday, July 16th, 2006

semalam tengok movie cina…citer Re-cycle…citer ni mengisahkan seorang penulis perempuan yang nak sangat buat citer pasal supernatural or dengan lebih ringkasnya, citer hantu la…bila orang tanya sama ada dia pernah mengalami sendiri dengan hantu2 ni,dia kata dia belum tapi dia pernah dengar citer2 pasal hantu ni laa…dia ni pun suke meletakkan perasaannya dlm setiap buku yang dia tulis..so korang agak2,ape jadi pastu?

dia masuk dlm dunia orang yang dah mati laa…ada zombie and everything and it’s more like the alternate world dlm citer silent hill…mula2 memang aa seram sebab dia asyik kena kejar ngan zombie jer…lari sana,lari sini…masuk tempat tu,masuk tempat ni…tapi semua tempat yang dia masuk tu adalah tempat barang2 yang kena tinggalkan dan orang dah tak heran lagi…kiranya, tempat yang orang tak re-cycle aa…dan penulis ni berusaha utk pi ke tempat yang dipanggil "Transit" untuk keluar dari dunia tu,dibantu orang seorang pakcik dan seorang budak…aku paling takut masa dia menyeberang jambatan penuh dengan zombie…dia kena tahan nafas supaya zombie tak tau yang dia tu orang…tapi sekali dia takut sebab nak jatuh so dia terlepas nafas…ape lagi,kena kejar aa…budak tu suruh dia terjun dlm telaga..dia terjun dan masuk ke satu tempat yang penuh dengan janin or baby yang dah digugurkan oleh manusia2..sedih je tengok time tu…dia takut giler dan lari keluar dari situ, menuju ke kawasan luas dengan bunga2 liar…dia kena kutip bunga tu…mula2 taktau sebab ape tapi lepas dia pi ke satu tempat yang penuh dengan kubur dan zombie2 yang tunggu kat situ,dia baru tau kegunaan bunag2 tu..kubur2 tu tempat persinggahan zombie yang lama ditnggalkan dan lama orang tak sembahyangkan…dia pun bagi laa bunga kat zombie2 tu…and  diorang berjalan sampai le ke tempat transit tu…and more zombie datang,taknak kasi dia tinggalkan tempat tu,dengan alasan…dia yang ciptakan tempat2 tu dan musnahkan hidup diorang tapi dengan satu kuasa, dia dapat lepas dari situ…dan mendapat tahu yang budak tu adalah anak yang dia gugurkan dulu dan pakcik tu adalah atuknya yang dah lama meninggal

cerita ni penuh ngan pengajaran walaupun dia tak le seseram yang dijangkakan..tapi idea dia fresh dan membuatkan kita terfikir yang selama ni banyak benda kita dah buat and we take granted for what we have…so,kesimpulan yang boleh dibuat dari cerita ni ialah

1) tolong re-cycle balik semua benda2 yang boleh di re-cycle…kalau tak, musnah bumi ni
2) jangan buat sex bebas dan gugurkan anak luar nikah…bayi tu tak bersalah dan kita patut hindari sex bebas sejak dari mula lagi
3) banyakkan berdoa utk orang yang dah meninggal…kita tak tau apa yang jadi kat diorang lepas diorang meninggal…doa tu yang membantu diorang hidup kat dunia sana
4) jangan tulis novel citer hantu…karang jadi benda yang sama…hahaha
5) nak jadi penulis ni kena berdasarkan pengalaman sendiri…itu yang aku buat masa aku nak tulis novel…
6) everything happens for a reason…

p/s: still terfikir macam ne ngan teddy bear aku yang bersepah tu..nak buang ke nak derma kat orang nanti? ke nak re-cycle?

the craziness of shopaholics

Wednesday, July 12th, 2006

aye…semua dah pakat tanda tarikh mega sales, j card days dan segala sales yang ada kat malaysia ni…pendek kata, kat malaysia ni memang selalu sangat sales dan semua shopaholics yang ada kat malaysia ni riang gumbira selalu sebab dapat gi shopping complex untuk menghabiskan duit dalam beg dan bank…huhuhu

aku sememangnya tak suka sangat sales2 ni…pendek kata, aku tak suka bershopping…term "shopping" aku ni ialah membeli-belah baju,kasut,beg tangan,beg,seluar dan segala benda2 lain yang typical perempuan selalu tunggu waktu sale untuk spend duit diorang…so,bila aku tulis pasal shopping ni korang kena faham term yang aku maksudkan diatas…aku just suka membeli barang2 seperti handphone,kamera digital,mp3 player,discman,walkman,games,vcd dan dvd,dan pendek kata taste aku ni more to guys punya taste la sebab aku rapat giler ngan abang aku so sejak kecil aku main permainan budak laki mcm video games…hahaha…aku memang susah aa tengok aku masuk area pakaian,kasut,hand bag dll yang most girls suka beli…korang akan nampak aku duduk kat kedai games,kedai cd or kedai buku je…nak beli barang2 mcm baju dll tu mmg jarang aa…ikut mood aku jugak aa…kalau perlu aku beli laa

actually aku mmg tak suka gila waktu sales….bukan sebab tak suka beli barang yang murah dan ada diskaun tapi aku tak tahan ngan environment dia…dan la ramai giler orang…kena bersesak2 nak beli barang…kena beratur nak bayar barang…dah tu dengan banyak giler announcement pasal parents hilang anak diorang sebab sibuk shopping…haih,kalau dah boleh shopping ni sampai tak ingat dunia sungguh…anak2 pun tolak ke tepi…aku faham aa kenapa laki tak suka kalau waktu sales…time ni laa gelagat mak, isteri, girlfren, kakak2 dan adik2 pompuan yang gila shopping nak tunjuk belang diorang…kesimpulannya, aku memang tak suka shopping especially waktu sales!!

so korang jangan ingat aku suka beli barang mahal2 sebab aku nak belagak…tapi sebab aku suka beli barang buat collection…bukan semua barang aku barang branded…certain2 barang je…kalau nak beli barang2 branded, aku tak aa guna semua duit bapak aku…aku guna duit gaji aku nanti aa…memang aa family aku berada kan tapi bapak aku ade gak ajar erti hidup susah dan berdikari serta berjimat cermat ( ayat ni ditujukan khas kepada orang yg suka kata aku ni suka membazir duit bapak aku )…aku bukannya jenis belagak macam orang lain…baru ade satu barang branded, dah kecoh satu dunia…huhuhu….go to hell la!! kalau duit aku habis pun, bukannya aku mintak bapak aku tambah duit pun…dan yang penting, aku tak kacau duit bapak korang,okay?

ape pun, aku wish semua shopaholics kat luar sana…selamat membeli-belah dan habiskan duit anda…mari kita tingkatkan lagi ekonomi malaysia dengan membantu meningkatkan industri perniagaan…yeah!!

p/s: alang2 mandi biar basah….alang2 nak ngutuk,biar laser terus….alang2 nak shopping,biar beli benda2 mahal…hahahaha

sakit mental?

Monday, July 10th, 2006

korang tak rasa susah ke nak puaskan hati sorang demi sorang kawan korang? sorang ni perangai dia macam ni…sorang lagi perangai dia macam tu…karang kalau layan kerenah yang sorang ni tapi tak layan kerenah yang sorang lagi tu, haru la pulak…ade yang tak puas hati laa..merajuk tak tentu pasal laa…jauh hati laa..and so on…bukannya nak kata menyusahkan orang…tapi kalau dah kawan sendiri pun tak respek keadaan kita macam mana, tu dah kira menyusahkan la tu..

ok la,korang mesti pikir aku dok membebel ape kan? aku pun taktau aa aku cakap ape sebenarnya ni tapi bila aku fikir2 balik keadaan aku yang boleh dikatakan ramai kawan dari pelbagai jenis dan perangai,pening gak aku sebenarnya dan kalau boleh aku rasa aku taknak ade kawan ramai sangat..sebab member sekolah aku ni ade citer pasal masalah dia kat aku…dan actually aku pun pernah hadapi masalah macam ni so aku rasa tak pe kot kalau aku kongsi bersama2 ngan korang…

kawan aku ni ade aa ramai kawan gak, macam aku…tapi one of the friend ni tak leh tengok orang senang sikit…ade je nak busuk hati…kalau tak penuhi hasrat hati dia atau dalam erti kata yang lebih manis, taknak dengar cakap dia dan ikut telunjuk dia, mesti dia marah dan tarik muka masam sampai taknak layan orang dah…kalau kita ada barang bagus sikit, mula laa nak perli itu perli ini…bajet macam tak layan laa…padahal teringin nak benda yang sama jugak…bak kata orang, taste masing2 laa kan…suke hati aa nak beli barang ape pun…yang dengki tu ape hal…bukan gune duit dia pun…

ni satu lagi, kalau orang tak ajak dia ikut sama tu mula laa nak marah2 laa, perli2 laa…pastu cari back up, ajak kuar jalan2 gi tempat yang sama and then cerita habis kat semua orang yang dia pun pegi tempat tu jugak…cerita tu macam orang tak pernah pegi jalan2…kesian, maybe mak bapak tak mampu tapi aku tak kisah semua tu…bagi aku, latar belakang keluarga bukan la penting sangat sebagai syarat utk jadi kawan aku cuma cara orang tu perasan lebih yang buat aku nyampah

aku selalu kategorikan orang yang macam ni mempunyai masalah mental atau lebih tepat lagi sakit jiwa…kesian kan orang yang sakit jiwa ni…fikiran selalu tak rasional…selalu nak kata dia yang paling hebat..orang lain semua tak hebat macam dia…maybe masa muda dulu dia tak dapat apa yang dia nak, sebab tu laa dia tak puas hati sampai dia besar ni…simpati gak aku kat orang macam ni…padahal kawan ade je di sisi untuk mendengar luahan hati…cuma kawan tak boleh aa ada 24 jam ngan kita…dia pun ada hal sendiri jugak…tak boleh aa nak expect kawan nak berkepit selalu…kalau bagitau awal2 dan dengan cara baik,maybe kawan akan consider untuk meluangkan masa ngan kita,ye tak?

ntah aa…aku pun tak paham ngan orang macam ni…susah aa nak puaskan hati semua orang…semua orang expect kita nak layan perasaan diorang, habis tu perasaan kita ni ade sapa nak kisah ker? aku taknak spesifik kan pada sesiapa tapi sape yang termakan cili, dia la yang rasa pedasnya…harap2 kita dapat berubah agar kita tak menyusahkan orang lain…kalau macam ni laa gamaknya perangai, sape pun tak nak kawan ngan kita….sure orang lari nyer aa…percaya aa cakap aku….