Archive for April, 2006

rindu the old me…

Monday, April 24th, 2006

busy tapi still nak curik masa untuk update blog nih

la nih giler dok pikir macam ne nak siapkan esaimen bertimbun dan pada masa yg sama pulak, mood takde dan tetiba jer demam balik…adoiiiiiiih…banyaknya dugaan dihujung2 sem ni…saba je laa

hari ni nak sembang pasal "follow your heart" or "ikut hati sendiri"

biasanya kita akan lebih terpengaruh ngan cakap2 orang daripada kita mencuba utk selesaikan masalah sendiri…sebab kata2 orang ni lebih menginfluence apa action kita seterusnya.."to do or not to do"…aku tak cakap kat sesapa…aku cuma cakap kat diri aku sendiri…

aku takut nak hadapi reality dan kenyataan yg akan jadi so aku asyik citer kat kawan2 aku perasaan aku tanpa aku sendiri amik inisiatif utk perbetulkan keadaan tu

ada kawan sorang cakap…"orang tak kan paham apa yg kita rasai dan apa yg berlaku sebenarnya…diorang just boleh assume consequences yang akan jadi kat kita kalau kita buat something…cuba kita sendiri ikut kata hati dan go on ngan apa yg kita rasa betul dan patut buat…it will not harm anything..kalau ye pun,kejap je dari kita dok memendam perasaan sensorang"

dan aku rasa ianya betul…thanks a lot tapi kan aku still tak berani la…nanti aku akan buat bila aku dah dapat semua kekuatan tu…

tu la…ape yang aku nak tekan kan kat sini ialah

1) kata-kata orang boleh menginfluence apa yg kita nak buat
2) baca blog orang boleh bagi negative perception kat orang lain

kes blog ni bukan ape…kekadang orang tulis lain tapi orang lain tafsir benda lain..sedangkan ade sebab si penulis nak tulis macam tu…so tak elok laa nak anggap benda2 lain ni sampai nak jejaskan relationship sekaligus membuat satu party ni tak berpuas hati ngan party yang lagi satu… tapi sebenarnya tak salah pun penulis nak tulis ape pun dlm blog dia..itu hak dia..itu perasaan dia.. itu lahir dari hati dan perasaan..bukan dari mulut orang lain..ini negara demokrasi so ape pun boleh disuarakan …sama ada boleh terima ngan tak boleh terima jer

so, kesimpulannya

1) ikut hati sendiri…cakap org pun boleh dengar,utk pendapat dan cadangan yg bernas je…tapi kalau sendiri tak cuba tatau jugak apa nak jadi kan? (tell that to urself,jimah!!)

2) apa yg orang tulis dlm blog tu adalah ikhlas dari hati sendiri..aku tak kisah orang nak baca blog aku…kalau tak puas hati tu mai habaq sendiri laa..

3) kalau korang nak kenai aku lagi, baca blog aku ngan chat ngan aku pun dah cukup…kalau talk heart-to-heart ngan aku lebih bagus la sebab kalau cakap ngan aku kat public dan ramai orang, aku lebih suka buat lawak utk hilangkan nervous aku…kalau heart-to-heart ni aku lebih menjadi diri aku sendiri…huhuhu

ok lah…aku taknak sembang lebih…nak tumpukan perhatian pada esaimen lagi ni…abah,tolong!!!demam siot..huhuhu

rindu abah. rindu makcik. rindu didie. rindu man. rindu kucing2. rindu faiz. rindu sushi. rindu kawan2. rindu kehidupan dulu. rindu org jauh. rindu aku yang lama. rindu semua

huh…

Wednesday, April 19th, 2006

yer…hari ni terbukti aku bangang skit…

tadi pi interview company utk wat esaimen marketing plan dan org yg keje situ tatau nak explain dalam english sangat so kene laa sembang dalam mandarin…

MANA LAA AKU TAU CAKAP MANDARIN!!!

pening aku dengar diorang cakap..nasib baik wei woon ngan victoria tlg translate kan utk aku ngan zu..adeh…so, interview part aku tadi agak terbatas aaa sebab diorg tatau nak explain in english and aku lak tatau nak karang ayat sangat..padan muka aa

yer..sesungguhnya mandarin sangat penting dlm bisness…tu je yg aku dpt katakan…nasib baik lepas ni aku nak berambus terus dari dunia bisnes…huh..nyampah aku…

giler..

Monday, April 17th, 2006

malas nak pi kelas !!

tapi chatting ngan "kawan lama"…rindu la pulak kat dia..masak spagheti makan sorang2..bukan nak kasik aku…

jauhnyer dia…bila dia nak balik dari australia??

p/s: jimah dah giler..

me VS my sisters

Monday, April 17th, 2006

hari tu balik kl kitorang berkumpul adik beradik…sembang n gossip2 macam biasa…adik aku yang form 1 ni masuk dikir barat…dan dah jadi pengawas dah pun…bile aku dengar je berita tu terus aku gelak…budak ni jadi pengawas??huhuhu…sian sekolah tu nanti…so aku pun mula menganalisa karakter kitorang 3 beradik

kakak aku - pulun giler…kalau boleh semua jawatan kat skolah tu dia nak pegang…dari skolah rendah sampai la sekolah menengah, banyak giler jawatan dia…masa skolah rendah, dia jadi setiausaha ngan naib presiden untuk tunas puteri..pastu ajk utk volleyball club…masa skolah menengah dia pegang jawatan naib presiden,ajk ngan ape ntah lagi dalam pandu puteri/renjer puteri..pastu rumah sukan dia pun tak silap aku dia ade jawatan jugak aaa…pengawas masa form 3 pastu masa form 5 dia jadi penolong ketua pengawas…masa university dia jadi class representative laa club representative laa amende laaa…byk giler jawatan tinggi2 dia pegang…bak kata dia "aku nak berkuasa dan bagi orang ikut aku"…gile kuasa sungguh laa…bagi aku aa,dia ni mmg tak leh keje bawah orang sangat…dia suka orang ikut dia

adik aku - mengada giler…itu ikut akak aku jugak tu…cuma dia ni terlebih sikit sebab dia suka extreme expose dan guna nama abah aku utk dapat jawatan kat skolah (utk glemer aaa kire nyer nih)…angkat tangan sendiri sebab nak jadi bendahari kelas (dulu masa skolah aku dok kutuk kawan aku sebab pulun angkat tangan nak jadi pengawas…rupa2nya adik aku pun sama..isk)…jadi pengawas skolah padahal diri sendiri pun tak berdisiplin…masuk cheerleader, dikir barat…huhuhu…bak kata dia "ala..nanti adik dah takleh nak wat jahat dah..dah jadi pengawas ni"..saper suruh?..tapi dia ni pemalas…suruh orang buat keja dia…isk…

aku - jahat giler…tak serupa langsung macam diorang kat atas…kat skolah aku ni otai aa…dari skolah rendah sampai la skolah menengah…sampai laa masuk universiti…kat skolah, jawatan aku paling tinggi pun pengawas perpustakaan..tu pun sebab masa MRSM dulu aku kaki masuk library…cikgu kasik chance aa…tapi pengawas? mmg tak aa sebab aku ni rebellious, rule breaker dan otai (diulangi…OTAI)..masa skolah rendah dulu ade aa jadi setiausaha tunas puteri…itu pun sebab pengaruh akak aku..kalau tak mmg takde aa…eh,ade gak jadi bendahari kelab sains dan matematik…cikgu tu cikgu akak aku / mak kawan aku jugak so dia kenai aku aa…lagipun aku pandai simpan duit masa tu..hihihi…ade gak jadi pengawas utk english "self acess learning" tapi tu pun ade gak cikgu yg cuba downgrade aku dari blue class to red class sebab nak kasik quota budak cina dalam blue class ramai…aku ape lagi…buat riot satu kelas aa…gado ngan cikgu…masa kat skolah especially MRSM aku selalu gado ngan cikgu sebab cikgu selalu cari pasal ngan aku…ye aku pemalas tapi aku pandai…need i say more?tapi masa form 4 & 5 aku dah ok sket sebab aku ada dlm kawasan neutral kot…lagipun cikgu dia mmg sayang semua student..aku anak murid kesayangan cikgu BM aku…selalu kene jawab dalam kelas…huhuhu…

tapi kitorang same dalam satu benda..masuk aktiviti2 seni…kakak ngan adik aku more to tarian..adik aku perasan nyanyi best…hahaha…aku more to lakonan…

ape pun, aku sedar yang aku ni jahat sikit dalam family tapi aku tak cuba utk jadi orang lain…aku taknak jadi pengawas sebab aku tau aku tak berdisiplin…aku suke jadi pengawas perpustakaan sebab aku suke membaca…aku tak suke pegang jawatan banyak2 sebab aku tau aku tak responsible sangat…aku biasa2 jer..aku lebih suke keje ngan orang…bukan atas orang,bukan bawah orang…

ok laa…ni je laa perbezaan aku ngan kakak n adik aku…yes,aku yg paling jahat…aku tau…

take 5ive….

Monday, April 17th, 2006

5 hari yang menggembirakan….

sekali-sekala lari dari kampus ni bagus jugak…dapat tenangkan fikiran yang kusut tahap gaban nih…

tujuan aku balik ke KL adalah kerana aku nak memberi ruang pada kami yang aku rasa macam dah tegang semacam…i can see it and i knew that we both weren’t comfortable with the situation and aku rasa kehilangan aku dalam masa 5 hari ni dapat tenangkan fikiran aku yang aku rasa berkecamuk…

tujuan aku balik ke KL jugak sebab aku nak pi interview course yang aku nak amik tu…actually bukan formal pun…just jumpe ngan lecturer tu..dia tanya aku dan terangkan pasal course yg aku nak amik tuh..lepas aku kata ok jer…he said that "if you agree to go for the bridging program, that i’ll be happy to sign your application letter (lebih kurang macam tu aa)"…yahaha…dan aku berasa happy + macam tak caya jer..tapi tunggu je laa official offer letter nanti..ok? (haaa…suke Dr. Ashok…)

erm…balik KL berkumpul adik beradik…akak ngan abg aku datang KL gaks..rindu giler kat diorang..lapang sket hati aku jumpe diorang...kitorang (plus cousin aku) pi tgk citer "GUBRA"…best tapi lucah…best sebab citer dia telus giler…macam kehidupan seharian kita…best sebab dia banyak menekankan relationship antara orang melayu dan orang cina…kalau dapat BF mcm Alan Yun tu ok gak…comeyyy…best sebab aku tak rasa tensen sangat tgk citer tu…best, best,best

aku msg faiz…nak call dia tapi dia tak balas…aku rasa dia takde kredit so aku pun relax laa…(ni masa hari khamis/jumaat)..tapi hari ni dia msg aku..cakap sori tak balas msg aku…dia ingat aku marah dia…aku ckp je yg i need a friend to talk about my problem…aku tak harap ape2 pun…dia ingat aku marah dia kot sbb tak balas msg aku…aku ok jer faiz!!!dia cakap yg awek dia dok perangat dia, kata aku marah/kecik ati/merajuk sebab dia tak balas msg aku…hahahaha….ohho,yanie dah pandai sekarang nih…hahahaha…u guys really make my day!!

dan aku masih lagi sama…perasaan, perangai, mood…ntah aa…kekadang rasa macam nak pi sunway lagoon lagi…nak naik flume ride tu…nak jerit sekuat2 hati aku…bagi ilang tekanan nih…tapi sampai bila??

p/s: welcome aboard, Miss Saad…

Unplanned Adventure….

Tuesday, April 11th, 2006

hari ni bangun kui 7 pagi..pastu kejut kawan2 sekalian around kui 7.15 pagi untuk bersiap pergi breakfast..semalam dah bincang2 nak pi breakfast so perut aku dah mula berbunyi…(pantang bangun pagi…lapar je memanjang…)..around kui 8 macam tu kitorang (aku,yan,kak su n aida) pun merayap ke area bukit beruang utk mencari sarapan tapi malangnya kedai yang kami dah aim dari semalam tu tutup aa pulak hari ni…so terpaksa la pi kat medan selera dekat kedai mak usu tuh…pelahap tak ingat..aku makan sampai nak keluar balik..huhuhu…lapo… sambil makan kami  sembang2…

"oii…bosan aa..pasni pi jalan2" kata aku
"aaa…pi stadium tun fatimah laa…leh lepak2 sana…" kata aida
"yahaha..best2..bleh cuci mata" aku tersengih lebar. yan ngan kak su gelak jer

so lepas makan, kitorang pun mula la bergerak ke stadium tun fatimah dan dipandu oleh aida ( yang pada mulanya keta tu dipandu oleh yan)..kami punya aa excited..ye aa..dah aa jarang bangun pagi…hari ni bangun awal giler so byk benda leh buat..yay!!kami nak pi lepak kat stadium tu tapi malangnye stadium tutup sebab hari ni diorang sambut maulidur rasul…sambut kat stadium tu lak tuh…so kami terpaksala masuk jalan lain…aku silap bagi direction so kami nak terlepas ke muar dah..nasib baik ade jalan lain so kami pun u turn dan bergerak ke banda hilir…aku nak pi kota A Famosa!!!!

sampai je kat area MP tu, aku suruh aida berhenti tepi taman tu dan kami pun berjalan2..mulanya ingat nak duduk je kat kerusi taman tu tapi aku dah terhegeh2 nak pi kota A Famosa…ye aa..selama dok MMU ni,tak pernah aku pi lagi…so aku pun saja je pancing diorang ni…nasib baik diorang nak pi..so kitorang pun jalan aa ke kubu yang dah separuh musnah tu…dan seperti biasa..sesi penggambaran diadakan…nasib baik handphone aku ada kamera,kalau tak sia-sia je pi sana tapi takde gambar…hihihihi….

pas lepak kat kubu tu kitorang pun masuk ke kawasan istana..mulanya diorang ni taknak masuk sebab kene bayar tapi sebab aku yg ajak sangat, aku pun belanja aa diorang ni…bile lagi nak merasa masuk istana kan?huhuhhuu…so dengan semangatnya kitorang pun masuk dan berjalan2 di taman larangan…tetiba jer macam kena sampuk jadi anak raja…hahaha…cakap pun adinda,kakanda,beta,dayang2 dan sewaktu dengannya..siap bergambar lagik…hahaha…pastu kami mula berjalan masuk ke dalam istana dengan gaya macho pahlawan melayu…macam hang tuah and the gang la pulak…hahahaha…bajet jer..kejap anak raja..kejap pahlawan…huhuhu…tapi yang bestnyer…everytime jumpe patung2, kami pun mula berlakon aa..jadi puteri balik…siap dok buat citer sendiri tu…puteri2 sultan baru pulang dari London..dan pakai rock giler…nasib baik laaa aku bukan keturunan diraja…tak aa belagak sangat kan?kalau ye pun aku keturunan diraja, takdenyer aku nak kecoh2 n blagak2 kat orang…ape kess…ko bukan ditabalkan pun…huhuhu…whateva…

lepas melawat istana (sambil mencari keturunan diraja sendiri - aku dari keturunan Chulalongkorn rupanya…) kami pi pameran alam misteri…bajet je macam seram…siap dok lawan tolak lagi suruh orang tu orang ni masuk dulu..sekali masuk…aiyak..takde ape pun yg seram..huhuhuhu…tapi tak tahan nyer bau kemenyan kuat sangat…sakit hidung aku..kitorang dok merapu dalam tu..macam budak2 amik arkeologi…hihihi…tak lama sangat pun dok situ…pas bosan kami kuar aa, pi dok kat taman tu balik…sembang2,gelak2…seronok sebab kami pergi tanpa dirancang…(which i prefer most sebab kalau rancang biasanya tak jadi..huhuhu)

"alang-alang MP dekat…kita pi je la sana.." kata kak su
"yaaaaa….best gak tuh" balas aida

ape lagi…terus pi MP laa kami…dok lepak kat Sen Q ngan Thai Kuang macam kami dok kat pameran tadi…sambil tgk barang,kami dok komen2..hihihihi…pastu dok lepak sana2…tgk baju aa ape laa…belasah Shakey’s Pizza laa (setelah sedar yang jam sudah tunjuk kui 1 lebih…patut aa lapo balik..)..jalan sana jalan sini sampai kaki pun sakit…yang aida laks frust sebab tudung yg dia nak beli tu dah kene kebas ngan orang lain…bengang aa kawan tu…huhuhuhu…

so utk tidak menghampakan perasaan aida, kami pun pi laa hang tuah (eii…byk giler jalan hari ni…guess that we really need a break!!) utk cari tudung yg dia nak tu…mmg nasib tak baik aa sebab dia tak jumpe tudung tu..sampai ke plaza hang tuah pun takde..huhuhuhu…sian aida eh…aku lak sempat beli dvd ( date movie..aku nak tgk sangat2)….pastu kitorang pun balik aaa ke MMU semula…

The End Of The Story….

kesimpulannya

1) bangun awal ni ada manfaatnya kan?
2) sekali sekala pi breakfast ngan kawan2 best gaks
3) jgn sesekali merancang percutian sebab selalu tak jadi..
4) unplanned adventure can be fun!!
5) mana pi pun kena bawak kamera..
6) aku ni mmg kaki berjalan..huhuhu
7) aku dah tgk date movie…mcm sial jerrrrrrrr

p/s: nak travel byk tmpt lagik nih…

total recall…

Sunday, April 9th, 2006

malam ni aku spend masa membaca balik blog yang aku tulis selama ni…

bila aku baca balik, aku baru sedar yang aku ni masih ‘terumbang-ambing’ dalam mencari erti kehidupan yang sebenar…dan aku masih keliru dengan ape yang aku nak…

tapi one thing for sure, dulu aku mmg seorang yang agak tegas dalam setiap kata aku…sekarang aku dah tak "unbreakable" macam dulu..aku tatau kenape sebenarnya…dan aku nak cuba jadi diri aku kembali (seperti diri aku beberapa bulan yang lalu)

maybe aku tak uptight sekarang ni sebab aku happy..mungkin ada orang telah berjaya membuat aku happy bila dia ada disamping aku..maybe ada orang telah berjaya membuat aku menjadi diri aku sendiri…

aku suka bila berpijak di bumi nyata…

p/s: u say it best when u say nothing at all…

buang masa lagi…

Sunday, April 9th, 2006

saya masih lagi membuang masa padahal midterm is just around the corner…

sekarang tengah melayan citer "sisterhood of the travelling pants" yang ada subtitle cina…hahahaha

budak homesick….

Friday, April 7th, 2006

current mood : ngantuk giler
current song : it’s your love - Gil (from my sony bean)

haaaa…tak sabar nak balik rumah!!!!

-nak jumpe family…
-nak kumpul adik beradik…gossip!!!
-nak main kucing…miss my bobo very much!!
-nak makan masakan makcik….best2
-nak tulis novel balik…

dan yang paling penting….

-nak balik rumah sebab nak main the sims 2 : open for business!!!
abang dah belikan!!! dasar adik yang manja…selalu sangat suruh abang belikan games..huhuhuhu

ape pun…aku tak kire…aku nak balik jugak!!!! aaaa, kena ke tunggu sampai akhir bulan mei baru boleh balik kedah???

I MISS MY FAMILY, MY HOUSE, MY ROOM, MY CATS, MY BOOKS AND OF COURSE, MY LIFE BACK IN KEDAH…..can’t wait to go home….

p/s: baru ku sedar yg tahap ke’homesick’an aku ni sangat tinggi rupanya…mcm ne nak study kat oversea??

blur…

Thursday, April 6th, 2006

current mood : unwell….
current song : cant help falling in love - a teens

hari ni baru aku sedar yg aku ni seorang yg blur dan sedikit bendul…hahahaa
actually lama dah aku sedar tapi tak perasan atau sengaja buat2 tak perasan….

simptom2 aku blur:

1) kalau orang nak set ngan aku utk kenakan orang,make sure aku tau hujung pangkal…kalau tak, mmg tak jadi aa plan korang utk kenakan org lain….satgi aku pi ckp benda yg betoi instead of benda yg korang nak menipu tuh…

2) masa high school, ade kawan aku kononnya nak kenakan aku ngan budak kelas sebelah..dia tanya aaa "jimah, abg hang mana?"..aku dengan selambernya jawab "abang aku kat umah la…awat?hang nak berkenalan kaa?"…sekali member2 bantai gelak..depa kata bukan abg tu…ni abg kelas sebelah…budus…

3) kalau orang nak ajak aku kuar or buat ape2, kena aa cakap bebetoi yg depa ajak aku dan lain2…kalau tak, aku mesti dok pikir yg depa just bgtau aku jer….

4) aku ni kan jenis tak serius so aku ingat orang pun tak serius aa ngan aku….hahahaha

ok la jimah, next time must be alert ngan orang lain….huhuhuhu….

p/s: gile aku lama2…