Archive for February, 2006

Oh.My.GOD!!!

Friday, February 10th, 2006

hari ni hujan turun dengan lebatnya kat negeri melaka..mmg bersejarah sebab before ni asyik panas je sampai aku pun malas nak berjalan2 keluar..takut hitam…tapi hujan pun sama gak..tak leh kuar…takut demam..adeh…dan aku asyik salahkan makcik aida aku ni sebab kata aku, dia dah lama tak datang ostel so sekali datang tu hari pun hujan laa…hahahaha….

ape pun, aku kire seronok sebab sejuk giler..so aku pun online la dan dengan bangganya menggunakan PC yan (yang aku dah buat macam pc sendiri) untuk online…seperti biasa, aku chatting dan check segala email2 dan frenster2 aku sementara tunggu kelas kui 4 nanti…lambat lagi ni so chatting sakan la aku ngan skoolmate aku dulu..

dah nak dekat kui 4…so aku pun pi la kelas…dengan bangganya jadi orang pertama nak pi kelas…dan aku tunggu depan kelas clc2003..tunggu punya tunggu punya tunggu..takde orang pun…isk…silap kelas ke? silap timing ke? salah tgk jadual ker? tadi aku dah check byk kali dah…hmm..tunggu je la…

dah hampir 40minit aku tunggu, dan takde orang jugak…so aku pun balik bilik dan ngacau makcik yg syok bergolek2 atas katil aku yang mmg tak berkemas pagi tadi (hari ni bangun 15 minit before kelas mula so aku kelam-kabut laa) dan sekali lagi PC yan yang tak bersalah tu menjadi mangsa aku sekali lagi…aku klik kat MMLS dan check jadual kelas aku…

"SHIT!!!"

strategic marketing - friday - 2pm-5pm

salah tgk jadual kelas rupanya…mampus aku…macam ne ngan grup? macam ne ngan kelas? mesti aku kena menghadap zaharah nanti…arghhhh!!!tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tu laaa…lain kali, check jadual betoi2…kan dah kantoi….

p/s: ngarut betoi aku hari ni….waaaaaaaaaaaa

~Confession of a Gaylova~

Thursday, February 9th, 2006

tak puas hati betoi… kenape laa semua gay tu hensem?? dan kenapa semua yg hensem itu gay??

dah diorang tau diorang hensem dan ramai pompuan suka,kenape kena jadi gay jugak? TAK PAHAM AKU!!!!!!

well, silap aku sebab suka GAY!! tanggung sendiri laa….ahaha.. last2 aku jadi lesbian (????!!!) wei leha, thanks sebab memahami perasaan aku yang berkecai setelah tau mamat tu GAY….wargh!!

p/s: heartbroken setelah 7 tahun menanti…

Sekuntum Bunga Plastik…

Thursday, February 9th, 2006

Sempena hari Valentine yang bakal menjelma, aku pasti ramai couple diluar sana akan berebut2 membeli bunga buat pakwe2 dan makwe2 korang kan? dan aku pasti bunga2 kat kedai auntie2 florist akan laku sekaligus membuatkan auntie2 florist tu kaya-raya…auntie, kedai auntie mmg manyak untung aaa hari valentine nih..tahniah ye, auntie…

Well, semua mesti bangga (especially pompuan) bila dapat bunga masa hari Valentine nanti…betapa romantiknya bila pakwe bagi kita sejambak bunga ros merah, pink dan apa2 kaler lagi yang melambangkan kasih sayang…

Tapi kan, korang sure ke kasih sayang dia akan kekal sepanjang zaman? bagi aku la kan, hati orang yang memberi bunga sama ja ngan jangka hayat bunga tu…what i mean is, bunga hidup akan layu dan mati satu hari nanti dan begitulah juga hati manusia itu diibaratkan…perasaan mereka akan layu dan mati satu hari nanti…

Aku lebih prefer bunga plastik…walaupun ianya palsu/plastik/fake tapi ia kekal selama2nya…bagi aku la kan, biarla orang kata aku fake tapi hati aku tetap teguh dan tak mudah layu dan kasih sayang aku is forever…sape la mamat bertuah yang akan dapat bunga plastik dari aku tu??hahaha…tunggu saja nanti…hmmm…

p/s: You make me wanna La La!!

.::The Perfect Man::.

Wednesday, February 8th, 2006

sekarang ni musim mencuci mata…maklumla, baru first week balik MMU..kelas pun macam ade takde jer…huhuhuhu…so, ape lagi…cuci mata laa…

cuci mata ni bukan bermakna nak meng’usha’ budak laki kat kampus tapi tengok movie laa…apa lagi…tak kuase aku nak tengok bebudak MMU…tak best…hahahaha…..

kitorang asyik tengok citer "Bridget Jones Diary" sebab ada Colin Firth dalam citer tu…well, most of us Cheekye suke Colin Firth because he’s a real English gentleman…walaupun dia nampak belagak, snobbish and stuck-up tapi dia still gentlemen dan mampu mencairkan hati aku yang suke dengan orang2 yang macam tu…arghhh!!! mana nak cari orang macam ni??

dan setiap kali ada Colin Firth a.k.a Marc Darcy (yang hampir 95% wujud dlm citer tu) aku dan kawan2 akan menjerit2 sebab suke ngan gaya dan telatah diacute but macho…silly but still have confidence…dan aku juga berangan2 utk jadi Bridget Jones sebab bleh pair ngan Marc Darcy… (Mrs. Bridget Darcy, Mr & Mrs Darcy, Lord & Lady Darcy)…hahahaha….

well…tak salah kan nak berangan??? bagi aku, perfect man aku ni mesti la yang ada good quality and the most important thing is, he will make me laugh when i’m with him dan yang paling penting dia tak hipokrit and love me just as i am….aite?

okla..merapu je banyak aku sekarang ni…selamat berangan ngan aku…ta-ra!!

p/s: tapi aku masih lagi sayang DIA…

~Kalau Tak Cakap Macam Mana Nak Tenang??~

Wednesday, February 8th, 2006

cuba korang fikir..kalau korang tak luahkan segala yang terbuku dihati, mesti korang tak rasa tenang kan? mesti korang rasa macam tak puas hati lagi kan?kan?kan?

aku pantang aa kalau aku nak luahkan perasaan dihati (sebab tak puas hati ngan orang lain or tgh marah pasal something) tapi ada orang suruh aku relax…(sabar jimah,sabar…)…mana boleh…lagi aku tak lepaskan segala yang terbuku dihati, hati dan perasaan aku takkan tenteram…aku nak cakap sebab nak bagi aku tenteram…aku dah taknak serabut dah…

sebab tu aku suka membebel…bukan saja suka2 tapi aku nak tenangkan hati aku..aku tak suke orang nak menghalang aku bercakap…aku benci!! benci!! korang tak paham apa perasaan aku…suka hati la kalau taknak dengar aku bebel pun..pi la tempat lain…paling bagus pun dok diam je laa…biar la aku nak bebel sorang2…mampus kat korang aaa…janji aku tenang lepas tu…

jangan kacau hidup aku!!!!

~Saya SUKA….~

Wednesday, February 8th, 2006

sebab apa saya suka balik rumah? sebab saya suka main ngan kucing saya, BOBO sambil mendengar walkman di dalam bilik saya….

Chokeslam

saya suka sangat sebab saya boleh buat sesuka hati kat rumah….

saya suka balik rumah sebab saya tensen dok kat tempat lain….

saya suka balik rumah sebab ni maybe last saya dok kat rumah before saya fly ke UK…hahaha..berangan je lebih…

apa pun, saya suka balik rumah sebab hati saya di rumah….

Im_luving_it

.::Aku Yang Suka Menyepi::.

Wednesday, February 8th, 2006

well, normal aa kalau suka menyepi waktu semester break kan? aku suka privacy so aku lebih rela menyepi dan men’silent’ handphone aku di rumah (biarpun makcik aku selalu membebel, menyuruh aku supaya membuang handphone aku ke dalam kolam renang belakang rumah…katanya "apa guna ada handphone kalau taknak guna"….ohho,makcik…i need some privacy…)

namun kehilangan aku dari dunia siber waktu cuti sem tak bermakna aku juga ‘lost’ dari kegiatan aku…time cuti je ade bende lain aku nak buat…well,almost…

aku nak tulis novel tapi idea tak datang2 pulak…dan akhir sekali idea aku pun kering dan semua kertas-kertas telah aku koyak sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil (agaknya kambing pun boleh makan kot….)

dan aku masih lagi termanggu-manggu seorang diri, mencari identiti aku yang sebenar utk mengembalikan idea2 utk tulis novel…ketaq tangan aku dan serabut otak aku sebab tak leh tulis novel…korang tak pahammm!!!!!!!!!!
Menulis_novel

I’m Back!!!!!

Tuesday, February 7th, 2006

hi to all of you…sorry sebab dah lama tak update blog ni…rasanya dah 2 minggu lebih kot…biase aa kalau dah balik rumah kat kedah…mesti takkan online nyer…sebab nak merasa erti kekeluargaan yang sebenar…biase aa anak merantau macam aku ni kan…jiwa kosong selalu..so aku balik ke kampung halaman utk mencari diri sebenar…walaupun kekadang rumah aku tu macam perang antara pakistan ngan US…sebab aku asyik carik pasal ngan semua orang…

well,nuff said…aku sekarang ni dah mula sem baru…maknanya tinggal 2 sem lagi sebelum aku melangkah pergi dari bumi MMU yang pada aku, no comment…aku malas nak serabut kan otak aku dengan segala perubahan (fizikal dan mental) yang MMU dah buat kat aku..tapi mostly aku rasa fizikal dan mental aku tertekan dok kat sini…huhuhu…ape pun,aku nak struggle 2 sem terakhir ni walaupun aku tau aku xkan dpt grad ngan 3.50 ke atas mcm aku dah janji ngan family aku…aiyak..kalau difikirkan mmg la sedih tapi ni salah aku sendiri…sebab terlalu ikut hati sampai abaikan pelajaran aku…nak wat cemana?semua dah berlalu dan aku harus berusaha di masa depan,aite?

dan sekarang aku masih lagi fikir tentang hajat aku utk amik 2nd degree kat UK..nak ubah angin ngan nak cari ketenangan…nak mulakan hidup baru…nak lupakan segala kekusutan yang melanda…i really hope that this will change everything in my life coz i really want it soooo bad…i mean, whatever….tapi aku takut ade benda yang akan menghalang lagi….*sigh*

so sekarang aku nak tumpukan perhatian terhadap pelajaran…well,study hard and play harder…ahahahhaa…wish me luck okay….

oklah..takat ni saja…nanti aku update lagi…take care, y’all!!!

p/s: the grass is greener….