"Next Station…Shah Alam…"
this is it…aku dah sampai…cuak pun ade..excited pun ade…ye la..nak jumpe kawan-kawan chatting yang aku dah kenal hampir 7 tahun tapi belum pernah nak bersua muka…finally kami amik keputusan utk berjumpa juga…kebetulan semua ada kat area KL/Selangor so senang aa nak jumpe
aku pun turun dari tren dan serentak itu aku terima sms dari Fida (Sushi),bertanya aku di mana…aku pun call,ckp aku dah sampai dan diorang pun terus amik aku…cuak masih terasa…macam ne ek nak jumpe orang ni?huhuhu…mcm tak biase je…so,bila fida berhentikan kete dia depan aku,aku tersenyum melihat dia dan "adik angkat kesayangan" dia iaitu faiz yang juga member aku…aku terus masuk kete dan tersengih…semua pun sengih je..taktau nak kata apa…
"macam baru kenal la pulak…" kata aku,masih tergelak kecil.
"tu la…" balas fida..yang faiz ni keje gelak je..ape laa….
so takpe aa..fida pun terus bawak pi makan…ingat nak pi SACC tapi si fida ni asyik salah jalan je so kitorang pun pi la McD kat shah alam tu…dan makan dengan bestnya sambil borak2…actually tak banyak sangat borak pun…maybe kitorang still kekok sebab baru jumpa or maybe masing2 tengah lapar (except for faiz yang baru je kedarah roti canai tapi still pow kitorang..ahakz)…
pas makan,kitorang terus pi SACC dan kali ni cubaan kami berjaya sebab faiz bagi direction awal2 kat si fida yang asyik salah jalan je…ahakz…takpe aa…janji sampai kan?? dan kami pun merayap-rayap kat dlm bangunan yang tak berapa nak ada apa sangat tu…dan aku asyik gelakkan fida yang takut utk turun dan naik eskalator (aku panggil tangga karan)…sian ko,fida….
pas puas merayap,faiz bawak kami pegi UiTM dan kami melepak di court,tonton org main basketball…aku ingat nak lepak kat situ sampai game si faiz tapi dia tak kasik…dia kata nanti tak leh concerntrate….sian eh?takpe…nanti aku kirim pakcik guard banner yg aku dah tempah tu….wakakakaka…
actually ni first time aku tgk basket nyer tournament…dan aku tak paham sangat macam mana game dia ni…walaupun aku selalu je join abg aku tgk NBA kat astro…dan dalam kebingungan itu,faiz seronok menceritakan tentang game yang kami tonton tu…baru le aku paham sikit….
lepas tgk game tu,kami pun berpisah secara rasmi…dan faiz kata nanti dia nak ajak fida datang KL,membalas lawatan aku pulak…hihihihi…seronok nye…tak sabar aku nak jumpe diorang lagi…walaupun tak banyak yang kitorang bualkan tapi aku still enjoy keluar ngan diorang…almaklum la…dah lama kenal tapi sekarang baru jumpe…kenal pun kat MiRC..hebat kan??tak ramai yang ade online friends yang kekal sampai sekarang….tapi aku…tetap gembira sebab ada kawan mcm diorang…
faiz,ko ni memang diam laaa…dalam tepon punya la merabung….
fida …ko pun sama…tapi aku agree aaa kata2 ko…kalau ramai2 tu susah nak borak sikit berbanding ngan 2 way communication…
p/s: i wish i’ll see you somewhere down the road again…