~Friendly Malaysians?~

Malaysia memang terkenal dengan rakyatnya yang peramah dan mesra tapi pada pendapat korang la kan, sejauh manakah kebenaran kata-kata ini? Pada aku la kan, rakyat Malaysia tak mesra dan ramah sesama sendiri. Banyak contoh dan bukti yang aku boleh bagi. Contohnya, bila berselisih sesama sendiri, tak ramai yang suka senyum dengan orang yang sedang berselisih dengannya tu. Aku hairan la…kalau pelancong datang, lebar la pulak senyuman tu. Tapi ade jugak yang tak suke senyum langsung, ye tak? Sampai sekarang aku tertanya2, kenapa orang Malaysia yang terkenal dgn sikap mesra ni, tak suke senyum bila nampak orang? Kalau boleh, nak terjun masuk dlm belukar sebab taknak senyum dengan orang lain.

Dah tu kalau dah tak senyum, tegur apatah lagi…tak nak tegur langsung orang, especially jiran2 kita…and even kalau kita tegur pun, mesti dia bantai cakap “ eh, kenape tegur saya? Salah orang kot?” well, d’oh!!! Orang ni kalau nak tegur, tak payah tunggu orang yang betul..kalau nak kekalkan sikap ramah rakyat Malaysia yang amat diagung2kan ni…kalau pelancong asing datang, hmmm…kalau boleh, nak panggil satu kampong (termasuk org yg dia tak kenal) datang rumah dia sebab nak tunjuk pelancong datang rumah dia. Ini ke rakyat Malaysia yang sebenarnya? Nak menunjuk2 je lebih?

Satu lagi, takde budi bahasa langsung. Sepatutnya rakyat Malaysia yang mesra dan ramah mesti ada budi bahasa.ni tidak…contohnya, ada sorang hamba allah ni nak naik bas pulang ke kampong halaman dan dia tanya kat pemandu bas tu, “ni bas ke Johor?”. Budak ni punya la tanya dengan baik. Nak tau ape pemandu tu balas? “ tak nampak ke bas ni dah tulis nak pegi mana? Buta ke?” okay, so budak tu mmg dah nampak papan tanda ke Johor tu tapi salah ke dia nak confirm balik? Kenapa pakcik bas tu kena maki dia? Tak boleh ka jawab dengan elok?cuba fikirkan balik sikap kita tu.

Selain tu, sikap rakyat Malaysia yang aku dapat tgk ialah sikap pentingkan diri sendiri. Kalau dah hidup dlm komuniti tu,pandai2 aa bergaul dengan orang lain dan bekerjasama. Bukan kita sorang yang duduk kat situ, ramai lagi yang ada kat situ. Hormat la orang lain sikit. Bukannya kena derma duit pun kalau nak hormat kat orang lain. Tak luak pun duit dlm bank tuh. Ni pengalaman aku sendiri la, masa aku kat pasaraya dan aku nak beli barang dan yang pasti, aku nak cepat. Ada la orang kat depan aku ni jalan lenggang-lenggok ketipang payung…tambah pulak kalau ade balak kat sebelah…eii, geram aku..kasi la peluang kat orang yang nak beli barang ni…korang nak dating ke ape ke, nak tergelak tergolek ke, tempat lain aaa..ni susahkan orang je…lagi satu, ade2 je orang nak halang perjalanan kita…time kita nak cepat tu la, orang tu nak block, orang ni nak menghala kat kita…dah tu taknak kasi jalan pulak tu. Kot ye pun, step aside and be a nice person. Kasi orang lain jalan dulu. Ni tak, korang ikut kepala korang jer.

Kalau boleh aku nak je senaraikan semua perangai rakyat Malaysia ni tapi aku tak sanggup. aku sendiri malu dengan keadaan ni. Aku sebagai rakyat Malaysia, tak sanggup nak tulis pasal perangai orang2 malaysia yang kononnya FRIENDLY la sangat…kalau taknak orang kata dekat kita, fikir2 la dan cuba ubah perangai tu.jgn tunggu pelancong asing datang je baru nak tunjuk friendly!!

aku nak bandingkan kehidupan aku kat London dengan kat sini (don’t think I’m cocky, okay?). masa aku kat sana dulu, aku tgk orang dia nice la…senyum ngan orang walaupun dia tak kenal sesama sendiri. Tegur orang lain, ( tanya aku ada pemetik api ke tak, walaupun aku tak merokok)…sesama diorang pun diorang senyum. Maybe ade yang tak senyum jugak tapi at least diorang tak jaga tepi kain orang. Ni rakyat Malaysia kita, asyik nak jaga tepi kain orang, gossip sana sini walaupun benda tu tak betul…walau macam mana pun, kena jugak tau hal orang..oii,kalau tak tau tu boleh mati ker?sibuk je…

kalau yang keje cashier n pelayan (especially perempuan) tu mmg bapak giler aa belagak…macam dia best sangat laa…time orang nak bayar, tak senyum langsung…jeling lagi ader laa…yang waitress pulak, ada setengah tu kalau ngan customer pompuan, macam taknak layan jer..bagi menu book pun macam nak baling2 jer..tapi kalau customer laki ada, menggedik…menyampah aku…cuba le jgn buat perangai macam tu..kalau org kata korang gedik,korang marah…lagi satu, kalau orang macam kita (students n orang yg berpakaian biasa/ selekeh macam aku) masuk kedai yang branded dan mahal sikit, mula le orang tgk semacam…ni pengalaman aku la kan…masuk ke kedai perfume…org yg jaga kedai tu tgk aku semacam (ye la,aku kan pakai selekeh)…bile aku tanya perfume tu dan tu dan tu harga berapa, dia dengan belagaknya jawab “rm50” (dgn nada, “eleh, tanya je la tu tapi tak mampu nak beli”)…well hello, ko jgn belagak sangat aaa…ko tu pun jaga kedai je tau…aku boleh beli satu kedai tu…aku bukan nak belagak tapi aku menyampah dgn perangai orang yg kerek ngan aku…masa kat London dulu, walaupun promoter yg jaga tu tau aku x berapa ade duit sangat, tapi still dia layan dengan baik….tak tau aaa kalau dia layan baik ngan pelancong asing macam orang kita buat…tapi rasanya, org kat sana kat heran pun dgn org kita…kalau boleh nak pijak2 kita lagi…tapi aku tgk okay jer..semua orang okay ngan aku…(sebab aku kekalkan imej rakyat Malaysia yang ramah dan mesra alam…hahaha)

ok la, bukan semua  rakyat Malaysia perangai mcm tu tapi kalau korang rasa korang orang yang jenis aku sebutkan di atas ni, sila la ambil inisiatif utk ubah perangai tu..ini utk kebaikan diri sendiri, rite? Tak salah mengubah diri utk kebaikan..wallahua’lam…

p/s: Malaysia….truly Asia…

Leave a Reply