Archive for September, 2005

Final Exams In Progress…

Sunday, September 25th, 2005

hola semua…sekarang ni minggu exam so aku nak wish good luck pada semua rakan-rakan yang akan menduduki final exam…exam aku pun dah nak start so aku dah tak leh online dah….ni jadual exam aku…

28/9-malaysian studies (petang)
29/9- retail mgmt (petang)
1/10- marketing channel (petang)
4/10-advance statistic (pagi)
6/10-sales mgmt (pagi)

maybe aku tak online masa nih…lepas exam baru online balik…doakan aku boleh buat exam okay….take care semua

.:: Aku Dan Britney Spears ::.

Monday, September 12th, 2005

kenapa dengan britney spears? utk pengetahuan semua,ni penyanyi kesayangan aku (dan semua orang juga)…wakakaka…tetiba je aku teringat kat britney (macam sahabat baik pulak)…sebab semalam dok melepak tgk tv..tetiba dia pasang videoscope pasal britney…dari lagu "hit me baby one more time" sampai la lagu "someday (i will understand)"…sepanjang show tu,aku hanya menonton britney tanpa berganjak sikit pun dari tv…bajet terpukau dengan britney la nih…masa aku dok seronok melayan video clip britney nih,tetiba aku teringat something….britney dlm video clip "oppss..i did it again" telah memberi inspirasi kepada aku utk me"make up" kan diri aku..sebab aku suke tgk lipstick dia dlm video clip tu…aku ingat lagi..aku beli lip gloss…sampai kena marah ngan makcik aku…dia kata tak lawa pakai lip gloss…nampak macam mulut plastik…hahahhaa…ape2 je aaaa makcik..janji besh….

ape pun,britney tetap jadi idola aku walaupun dia la ni macam dah tak berape nak glemer macam dulu lagi….kalau tgk transfomasi dia dari dulu sampai sekarang,ternyata dia seorang wanita yang berkaliber..hahahahaha….hidup britney!!

~Luahan Hati Seorang Adik…~

Monday, September 12th, 2005

semalam ntah kenape aku rasa tensen sangat2 n hati aku rasa tak tenang langsung…maybe sebab aku dengar kawan2 aku semua nak drop out mmu n amik course lain kat university lain….and tinggal aku sorang???NO!! cannot take it anymore…aku rasa macam aku nak drop out jugak dari mmu ni…nak amik A level and further study aku kat UK….tapi berbaloi ka aku buat macam tu???macam mana ngan degree marketing aku yg dah nak abis dah nih??

aku pun terus capai handphone aku n call kakak aku yg tengah seronok korek balang milo dia (as usual,tgh2 malam dia akan membuat aktiviti mengorek balang milo dia)…. "didie,i need ur help…i need ur opinion…" kata aku lepas dia jawab call aku…. "why?" dia tanya lepas dengar suare aku mcm org tak betoi… "i want to drop out from mmu..seriously" kata aku,serius giler…memang dah tekad dah berambus dah nih..sekali dia balas, "wey,hang giler ker? dah nak habis dah degree tu kat mmu..senang2 je nak drop out last2 minute!!" okay…seperti aku jangkakan,memang semua orang tak kasik aku buat macam tu..tapi bile aku fikir balik pun, mmg tak patut pun aku drop out mmu kan? "pasai apa yg sampai nak keluar mmu ni?ada problem ker?tell me…maybe kakak boleh tolong" sambung kaunselor aku ni (ahakz..aku yg selalu jadi kaunselor orang lain pun kene ade kaunselor sendiri)

" tensen giler ngan semua benda..that’s all…." balas aku,selamber…kami diam kejap.. "banyak benda tak boleh cope nih..dengan kawan macam tu…classmate macam ni….housemate macam ni….study macam tu macam ni…." sambung aku, and so on…and so on….banyak benda yang aku citerkat dia malam tu…  "sabaq ler..kak paham jimmy macam tu..sebab kak pun macam tu…pedulik je ape orang nak buat kat kita…kita wat bodo jer…buat keje sendiri…" huwaaaaaaaa..sedih aku dengar…banyak kali aku nangis kat kakak aku ni…. "orang tak paham aku ker aku yang tak paham orang???????" banyak kali aku tanya didie soalan tu… aku taktau ape punca masalah sebenarnya….tapi aku rasa tensen sangat….aku rasa aku dah saiko kot…banyak benda yg aku pendam dlm hati selama ni…tapi takde sape aku nak luahkan perasaan aku ni….semua org ingat aku ni jenis yg happy go lucky and selamber badak…tapi takde sape pun yg paham perasaan aku yg sebenarnya…hmmm….

"jangan laaa sedih….pi study dulu bagi habis..pastu kita bincang benda ni kemudian…okay" didie kata, cuba utk tenteramkan hati aku. "fine…nanti tolong support jimah bile jimah cakap kat abah yg jimah nak sambung study kat oversea nanti…" balas aku,sedikit memberontak…. "okay..okay…tapi jgn terlalu mengharap…" "jgn terlalu mengharap?ni yang aku malas nak dgr nih…."

"isk…relax2 la…nanti kita diskaz balik okay…pi tidoq dulu okay?" huwaaaaa…tidoq?aku takmau tidoq lagi so aku mula buat perangai n paksa didie layan aku lagi…terpaksa la dia layan adik dia yg sorang nih….macam2 aku merapu kat dia….dan macam2 jugak dia merapu kat aku,sebab tak nak bagi aku tensen dah…..apa yg aku tau,dia pun tensen gak sampai nak putus ngan pakwe dia..ihiks..sian,tak bersalah mamat tuh…huwawawa

setelah hampir 2 jam aku cakap ngan dia,baru la aku rasa lega sikit….n otak aku rasa lapang giler.. "thanks,didie…for listening" aku senyum kambing.. "no problem..kalau ade masalah,call kakak okay…" whatever u say,didie…..and after that, aku pun tido…..

~baru aku sedar betapa manjanya aku ngan adik beradik aku…isk3…hahaha…tapi takper..manja ngan adik beradik takper…diorang bukannya orang lain kot…hihihi…to didie…thanks for everything….nanti pi suruh kara naga perbaik printer hang no…ahakz….

p/s: tahap saiko aku dah dekat maximum dah kot….mintak2 lepas ni ok balik….

~What I’m Made Of~

Wednesday, September 7th, 2005

actually, aku dok baca majalah CLEO one day and aku tertarik dengan bahagian personality ni..(aku lupe issue yang mana satu)…tapi yang ni kita boleh baca dan pilih mana satu personality kita…aku memang suke bab personality ni…so aku pun buat analysis pasal diri aku….nak tau ape results yang aku dapat?

~INTROVERT

Style= stylish and trendy without being gorgeous, u look fabulous but not flashy.

Friends= u might not have as many pals as extrovert but u know yours better. Loyal, honest and trustworthy, u are the one ppl go to for advice.

Leadership= practice those speeches coz with humility and ability to see all sides, u make a great leader.

Social= sure, u like good parties but a night at home with a dud and a bag of chips is just as good. Why? Coz small talk bores u and u like time to think

Love= u’re more likely to make eyes at someone and wait for them to come to u. in relationship u are completely devoted and loving. While u get hurt easily, u wont show it.

Body= sleep on ur tummy or hug the pillow? U internalizes stress too much.

Watch it= speak up! Ur ideas are wonderful…

~REALIST – u’ve got it all together: money, career, relationship-all sorted!

Style= jacket, jeans; u’re all about the cool and comfort factor

Food= u know good food when it’s served

Friends= u stick to ur word. Ppl depend on u in a tight situation.

Work= decisions are made quickly and the jobs get done when u’re involved. General Manager or deputy is perfect for u

Social= u bring objectiveness to ur conversations, ppl love to hear ur opinion and u’re not afraid to give it

Love= u’re a bit guarded when it comes to starting a relationship but once u’re there, u make a great partner…

Watch it= be spontaneous for change!

~PLANNER AND FLOATER – a bit of mix between this makes me special!!

Food (floater) = grab anything for lunch coz can’t decide about what u want. Try preparing the food the day before.

Friends (floater) = fun, up of anything and have a great sense of humor. Ppl are attracted to ur carefree nature, so u make friends easily.

Leadership (floater) = go with the flow, though often inspire others.

Work (planner n floater) = disciplined careers like law, medic, finance, science suits ur need for proof and logic

                                        = deadlines are so not ur thing. U better work in flexible, multi-skill roles, like running a business

Social (floater) = aren’t great when it comes to decision, but u are great entertainment value- always up for dare.

Love (planner and floater) = so in control u are probably scheduling in time for sex. It’s definitely commitment all the way, why wasted your time on one nite stand, rite?

                                          = loving, friendly kind of person who’s always buying gifts for her man and sending him sweet sms. Like to drift in and out of relationship though.

Watch it = planner- put down the diaries every now and then and chill out

              = floater – hello, earth to floater? U can’t hide from responsibility forever!!

Funny eh when I looked back at the results. Tak sangka pulak yang ni results daripada analysis yg aku buat tuh… selama ni aku ingat aku ni extrovert, rupanya aku introvert..hihihihi….lawak2….however,this is what I’m made of…maybe ni memang personality aku yang sebenarnya…kepada sesapa yang nak tau personality dia yang sebenarnya (which might shocked u with the real results and stuffs), sila le pergi ke website utk buat personality test..good luck!!

p/s: having a plan for ourselves in a big deal. It’ll show us where should we go next!!

~Friendly Malaysians?~

Tuesday, September 6th, 2005

Malaysia memang terkenal dengan rakyatnya yang peramah dan mesra tapi pada pendapat korang la kan, sejauh manakah kebenaran kata-kata ini? Pada aku la kan, rakyat Malaysia tak mesra dan ramah sesama sendiri. Banyak contoh dan bukti yang aku boleh bagi. Contohnya, bila berselisih sesama sendiri, tak ramai yang suka senyum dengan orang yang sedang berselisih dengannya tu. Aku hairan la…kalau pelancong datang, lebar la pulak senyuman tu. Tapi ade jugak yang tak suke senyum langsung, ye tak? Sampai sekarang aku tertanya2, kenapa orang Malaysia yang terkenal dgn sikap mesra ni, tak suke senyum bila nampak orang? Kalau boleh, nak terjun masuk dlm belukar sebab taknak senyum dengan orang lain.

Dah tu kalau dah tak senyum, tegur apatah lagi…tak nak tegur langsung orang, especially jiran2 kita…and even kalau kita tegur pun, mesti dia bantai cakap “ eh, kenape tegur saya? Salah orang kot?” well, d’oh!!! Orang ni kalau nak tegur, tak payah tunggu orang yang betul..kalau nak kekalkan sikap ramah rakyat Malaysia yang amat diagung2kan ni…kalau pelancong asing datang, hmmm…kalau boleh, nak panggil satu kampong (termasuk org yg dia tak kenal) datang rumah dia sebab nak tunjuk pelancong datang rumah dia. Ini ke rakyat Malaysia yang sebenarnya? Nak menunjuk2 je lebih?

Satu lagi, takde budi bahasa langsung. Sepatutnya rakyat Malaysia yang mesra dan ramah mesti ada budi bahasa.ni tidak…contohnya, ada sorang hamba allah ni nak naik bas pulang ke kampong halaman dan dia tanya kat pemandu bas tu, “ni bas ke Johor?”. Budak ni punya la tanya dengan baik. Nak tau ape pemandu tu balas? “ tak nampak ke bas ni dah tulis nak pegi mana? Buta ke?” okay, so budak tu mmg dah nampak papan tanda ke Johor tu tapi salah ke dia nak confirm balik? Kenapa pakcik bas tu kena maki dia? Tak boleh ka jawab dengan elok?cuba fikirkan balik sikap kita tu.

Selain tu, sikap rakyat Malaysia yang aku dapat tgk ialah sikap pentingkan diri sendiri. Kalau dah hidup dlm komuniti tu,pandai2 aa bergaul dengan orang lain dan bekerjasama. Bukan kita sorang yang duduk kat situ, ramai lagi yang ada kat situ. Hormat la orang lain sikit. Bukannya kena derma duit pun kalau nak hormat kat orang lain. Tak luak pun duit dlm bank tuh. Ni pengalaman aku sendiri la, masa aku kat pasaraya dan aku nak beli barang dan yang pasti, aku nak cepat. Ada la orang kat depan aku ni jalan lenggang-lenggok ketipang payung…tambah pulak kalau ade balak kat sebelah…eii, geram aku..kasi la peluang kat orang yang nak beli barang ni…korang nak dating ke ape ke, nak tergelak tergolek ke, tempat lain aaa..ni susahkan orang je…lagi satu, ade2 je orang nak halang perjalanan kita…time kita nak cepat tu la, orang tu nak block, orang ni nak menghala kat kita…dah tu taknak kasi jalan pulak tu. Kot ye pun, step aside and be a nice person. Kasi orang lain jalan dulu. Ni tak, korang ikut kepala korang jer.

Kalau boleh aku nak je senaraikan semua perangai rakyat Malaysia ni tapi aku tak sanggup. aku sendiri malu dengan keadaan ni. Aku sebagai rakyat Malaysia, tak sanggup nak tulis pasal perangai orang2 malaysia yang kononnya FRIENDLY la sangat…kalau taknak orang kata dekat kita, fikir2 la dan cuba ubah perangai tu.jgn tunggu pelancong asing datang je baru nak tunjuk friendly!!

aku nak bandingkan kehidupan aku kat London dengan kat sini (don’t think I’m cocky, okay?). masa aku kat sana dulu, aku tgk orang dia nice la…senyum ngan orang walaupun dia tak kenal sesama sendiri. Tegur orang lain, ( tanya aku ada pemetik api ke tak, walaupun aku tak merokok)…sesama diorang pun diorang senyum. Maybe ade yang tak senyum jugak tapi at least diorang tak jaga tepi kain orang. Ni rakyat Malaysia kita, asyik nak jaga tepi kain orang, gossip sana sini walaupun benda tu tak betul…walau macam mana pun, kena jugak tau hal orang..oii,kalau tak tau tu boleh mati ker?sibuk je…

kalau yang keje cashier n pelayan (especially perempuan) tu mmg bapak giler aa belagak…macam dia best sangat laa…time orang nak bayar, tak senyum langsung…jeling lagi ader laa…yang waitress pulak, ada setengah tu kalau ngan customer pompuan, macam taknak layan jer..bagi menu book pun macam nak baling2 jer..tapi kalau customer laki ada, menggedik…menyampah aku…cuba le jgn buat perangai macam tu..kalau org kata korang gedik,korang marah…lagi satu, kalau orang macam kita (students n orang yg berpakaian biasa/ selekeh macam aku) masuk kedai yang branded dan mahal sikit, mula le orang tgk semacam…ni pengalaman aku la kan…masuk ke kedai perfume…org yg jaga kedai tu tgk aku semacam (ye la,aku kan pakai selekeh)…bile aku tanya perfume tu dan tu dan tu harga berapa, dia dengan belagaknya jawab “rm50” (dgn nada, “eleh, tanya je la tu tapi tak mampu nak beli”)…well hello, ko jgn belagak sangat aaa…ko tu pun jaga kedai je tau…aku boleh beli satu kedai tu…aku bukan nak belagak tapi aku menyampah dgn perangai orang yg kerek ngan aku…masa kat London dulu, walaupun promoter yg jaga tu tau aku x berapa ade duit sangat, tapi still dia layan dengan baik….tak tau aaa kalau dia layan baik ngan pelancong asing macam orang kita buat…tapi rasanya, org kat sana kat heran pun dgn org kita…kalau boleh nak pijak2 kita lagi…tapi aku tgk okay jer..semua orang okay ngan aku…(sebab aku kekalkan imej rakyat Malaysia yang ramah dan mesra alam…hahaha)

ok la, bukan semua  rakyat Malaysia perangai mcm tu tapi kalau korang rasa korang orang yang jenis aku sebutkan di atas ni, sila la ambil inisiatif utk ubah perangai tu..ini utk kebaikan diri sendiri, rite? Tak salah mengubah diri utk kebaikan..wallahua’lam…

p/s: Malaysia….truly Asia…

~Bahasa Kedah…(pekat punya)~

Tuesday, September 6th, 2005

ni adalah senarai perkataan yang biasa digunakan di kedah…kawan aku post kat b.board..aku rasa nak simpan so aku letak dlm blog..sesapa yg rasa nak jadi orang utara tu,belajar2 laa….

toyu - kicap
ligan - kejar
depa - mereka
sat-tunggu sekejap
hang-kamu
ghempuh-rempuh
jenuh-penat
semegheyong = riuh rendah
nundia = tu dia (dalam keadaan jauh)
tu dien = tu dia…
nahaihhh = nahas = tudiaa… (selalu diguna oleh wayang kulit sri asun)
segheyau - bimbang
mao kalao kata = kalau nak ikut
merela = gatai
mereben = merapu
ghetiaq = ikhtiar
kelepiaq - tampar
Panggu = Bahagian
ghabat = panjat
awat = kenapa
loqlaq = kotor/pengotor
gheban = runtuh
hang = awak
ayaq= air
marka = hot chicks!
pungkoq = bontot
kasuit = kasut (perlis nya ni.. yang dalam2)
hiang = hang (awak@kamu)[perlis nya gak yg dalam]
besaq = besar
keh pa = kenapa
jakun@ciwi = perak
baloq = malas
cemuih = benci
panaih = panas
tenggalong = baling
waya kot = gila kot
lekaih = lekas @cepat
a = air (kat belah ulu2 kedah)
mengkala = bila
koliaq = conteng
tongkoi = baling
badek = sepak
la ayam = reban ayam
cek = saya .
ragaih = panjat
tuju = baling
pancuq ayaq = shower / paip air
bodek = mengampu
terbil / terdil = lastik
buah rambut = rambutan
boktan = rambutan
gerek= basikal
beskat= basikal
gelema = kahak
belehaq = sedawa
mengeruh = berdengkur
nyeh / sreh hingus = perbuatan membuang hingus dr hdg
cemerkap = kerja yg x senonoh / x cemerlang
ayaq singkat = air cetek
belemoih = comot
belengaih= melekit
sighu = tunjuk best aa
lohoq = zohor
ceghok = pendalaman
xdan = xsabar
sabaq = sabar
boh = letak
bodoh piang = tersangat2la bodoh
kelam = gelap
besiaq = kuat kencing
kerap = selalu
cangkat=singkat
hambat=halau,kejar
mengai=memancing
lapaq ayaq=dahaga
melilau=merayau
sergum=rambut serabut
sayup=lambat(versi perlis)
selului=selalu
kelolo=bergurau secara tak senonoh
leghah=daerah,kawasan
tang tu=disitu
manala=mana hala
nindia=ini dia
pasembot=pasembor
cok pisang=goreng pisang
teghbei=lastik
mengkala=bila
moktan=buah rambutan
manggih=manggis
kupang = sen (tetapi, 1 kupang xbersamaan 1 sen 1kupang @ sekupang bersamaan 10 sen)
keleboq - lubang kat sawah
tonyoh/ tenyeh - tekan sthg ngan kuat kat permukaan
terajang-sepak kuat ngan kaki
serawa lenggak- dok goyang kaki
ghebiah - pukul
galak- gatal
teriak/ghiau - nangis
sembet- muka tembam tak hingat2
tembun-gemuk
terebit-keluar
merepet meraban- merapu
parit gila- alur air kecik kat belakang rumah
sakan - pulun giler
awat/pasai pa- kenapa
lagu tu - macam tu
dan la aih- sempat lagi ni
hangat = panas
awat = apa
nongneh = nenas
cabai = cili
awat lagu tu? = kenape cam tu?
Mamu = mamak
pi = pergi
Kopi kughang ajaq = kopi takdak susu takdak gula
Chek = saya
ayaq serebat = air sirap
besaq=besar
loklaq=tak senonoh
gebang=tipu/sembang
corak=simbah
mai=mari/jom
ketegaq=degil/keras kepala
tidoq=tidur
cekang=gempak/dasyat
kia=takut/cuak
kenen=perli
baguih gilo=amat bagus sekali
merela=gatal
pancuq=toilet la..
tembun = montel / berisi
sengap=diam
ayaq nyoq=air kelapa
cayaq = cair
tawaq hebiaq = tawar betul
peit meqheput = pahit betul
hannyiaq = hanyir
tubik = keluarkan
jhoqra = lebih-lebih
telaga = perigi
kasut = semua jenis selipar & kasut
ghoti = semua jenis biskut & roti
amra/mera = kedondong
cebok = gayung
timba = baldi
cerok = simbah/tempat yg jauh kat pedalaman
tempeh = tempias
camca = semua jenis sudu & camca
can = awek (loghat belah alor setaq)
pelam = mangga
bau haghing = bau busuk kencing
la = sekarang
nat = pasar tani (kat area alor setar)
kapok = dakap/peluk
katok = pukul
ikan temenung = ikan kembung
tak dan dan = tak sabar
tak dan = tak smpat
mulut hebiaq = byk cakap (tak sayang mulut la tu)
celuih = muat
cemuih = bosan
keloi = panggil
kelih = tengok
tengalong = baling dgn something
punggai = cabut buang, pulas buang (ayat contoh : aku punggai kepala hangpa nanti aih–aku ngan leha pernah kene ni masa crossline umah aku)
ghengau/cakaq = cakar
dendam = rindu giler (ayat contoh : mana pi lama tak jumpak? dendam sangat aih)
ghuih= haus (tapak kasut)
ghuruih api = mancis
jom la = tepi sikit,jgn block jalan aku
lekaih = lekas/cepat sikit

yg ni je sempat aku senaraikan…nanti kalau ade lagi,aku update la okay? anyway,thanks aa janice…u remind me of my own mother tounge..hihih

p/s: kedah maju 2010

~Dapatkah Aku…?~

Monday, September 5th, 2005

"all i have to do is dream…."

sekarang ni aku sedang sibuk mencari senarai university yang aku nak apply utk second degree ni…aku rasa aku nak ambik psychology…dan aku rasa keinginan aku utk belajar psychology sangat la tinggi..aku rasa course ni sesuai digunakan dimana2 saja utk handle masalah harian..hihihi

funny when i looked back behind me…benda ni hampir pupus dlm ingatan aku..dulu aku mmg nak ambik second degree tapi atas sebab2 tertentu aku terpaksa lupakan sekejap…aku nak tumpukan pada Masters terlebih dulu sebab aku nak keje dlm bidang marketing…tapi bile aku fikir balik, aku tak ready lagi nak sambung Masters,apatah lagi dlm bidang marketing…sejak kebelakangan ni,aku rasa marketing bukan benda yang paling tepat dlm hidup aku..okay,maybe aku akan end up keje bahagian marketing but i want to have this extra skill in psychology so that i can handle people…nama pun marketing,kena la handle people ngan baik..kalau takde skill dlm psychology + strong will in dealing with people,kita tak leh go on jugak,kan?

ramai kawan aku suruh aku ambik Masters in Psychology tapi as i said before,aku belum ready nak ambik Masters lagi…aku nak belajar from scratch…sebab aku bukannya jenis orang yg terus2 berada di peringkat tinggi….aku still perlu org guide aku…

"….i will see u somewhere down the road again…"

bukannya senang nak realisasikan impian ni…aku kene keje keras utk mencapai benda yang aku nak…actually,kalau nak diikutkan…banyak benda yang aku nak dalam hidup ni and most of them are impossible to get…aku ni kira nya jenis yg byk berangan jugak la nih…hihihihi..aku suke!!ape pun,aku berdoa agar impian aku jadi kenyataan…wallahua’lam…

p/s: doa dan usaha saja tak cukup….utk lebih berjaya,jgn tinggal solat,jaga hati orang disekeliling kita dan yang penting,taat pada suruhan-Nya…baru la hidup diberkati….apa pun,jgn terlampau mengharap okay?ini maybe cabaran buat kita..Kat_manhattan_fish_market

till then,ta-ra!!!

~Latest Addiction…~

Monday, September 5th, 2005

sekarang ni aku dah addict ngan 2 benda..:

  - handphone aku n GPRS
  - prospactus university kat UK

~sejak ayah aku activatekan GPRS ni,aku asyik pegang handphone n download segala mak nenek dalam handphone aku ni…saja2 je nak memenuhkan memory dlm handphone ni….sorry la abah…mesti bil naik tinggi kan?cannot help it la abah..however, GPRS ni boleh rapatkan aku  ngan family as aku selalu hantar mesej bergambar kat diorang…hihihi…at least diorang tau aku sihat…(ada gambar bukti utk mengukuhkan yg aku sihat)..hua hua hua…alasan

~dan prospectus univeristy pulak….aku selalu je order sebab aku nak tengok mana satu university yang best utk aku…aku nak sambung belajar lagi nanti…this is one of my plan yg aku senaraikan dlm "things to do before starting a whole new life"…and aku harap aku boleh capai impian aku nih….

~aku selalu sembang ngan rakan2 cheekye (yg masih stay kat mmu sem ni) pasal impian kitorang nak sambung study kat UK…semua dalam bidang yg lain2 tapi kat negara yg sama…apa pun, aku cakap kat diri aku n juga kawan2 yg kita kena capai impian ni satu hari n try completekan keje kita sekarang…before kita tentukan masa depan kita yg lain…kita hanya merancang,tuhan yang tentukan..maybe ketentuan tuhan itu ada hikmahnya…wallahua’lam..

~How To Get Rid Of Ur Ex??~

Monday, September 5th, 2005

how to get rid of ur ex?

many of us still sakit hati post-break up,kan? tapi most of us taktau macam mana nak merawat luka di hati after break up ngan bf/gf kita nih…so,kat sini aku nak senaraikan benda2 yg boleh kita buat lepas break ngan bf/gf..sekadar utk menghilangkan rasa sakit di hati…..

1. buang semua gambar kenangan korang…kalau tak nak buang,simpan jer dlm kotak…kalau nak buang, bubuh dlm plastik n bakar hidup2

2. barang2 serta hadiah2 tu simpan dalam kotak n letak kat tempat yg tak leh dicapai..or,bagi je kat org2 yg lebih memerlukan

3. lagu2 korang yg korang suke dengar tu terpaksa dibuang dari playlist MP3 dan segala mak nenek nyer player..nanti teringat,susah la pulak

4. jgn pi tempat korang selalu dating…

5. elakkan daripada berjumpa or terserempak or sengaja nak jumpe…karang,kalau sesapa yg tak tahan marah tu boleh jadi gado teruk ni

6. belajar2 la lupa tentang ex korang tu..kalau dia dah taknak tu,jgn la pi terhegeh2 pulak kat dia..kang kena chop desperate….lagi satu,kalau dia dah tak ingat kat kita,wat pe kita nak ingat kat dia tak?

7. hang out ngan kawan2…diorang selalu je ade dekat ngan korang tapi korang je taktau sebab korang terlampau bz bermesra2 ngan pasangan korang..sian kawan korang tuh

8. doa la banyak2 kat tuhan agar diberi ketenangan…ni salah asatu sebab kenape korang break kot..maybe korang kurang mendekatkan diri ngan tuhan..kekadang kita lupa n lalai ngan keseronokan dunia..maybe tuhan nak kita kembali kepada-Nya…wallahua’lam….

so, ni je cadangan daripada aku…kepada sesapa yg dah break tu,doa2 la byk sket supaya kita dapat orang yg lebih baik dari sebelumnya, ok? dan kepada sesapa yg still ngan pasangan masing2,diingatkan supaya korang jaga korang nyer relationship baik2..nanti putus,frsut nonggeng pulak…wassalam

p/s: dan bila hati-hati itu terleka dari kebenaran….

~aiyakkk….~

Thursday, September 1st, 2005

hello…pekabo semua? lamanya aku tak update blog aku ni…banyak giler asgmt aku kena buat tapi alhamdulillah,semua dah habis…aku dah boleh relax n tumpu utk final exam jer…aku taktau apa nasib aku semester ni…sebab bagi aku, semester ni semester yang sangat teruk utk aku…ntah ape yang aku belajar pun aku taktau…pastu,dapat group member pulak teruk2…penat giler aku sebenarnya…dah la presentation teruk giler, nak buat esaimen pun main2 gak..isk, penat aku…dah tu satu lagi,aku selalu di push2 utk buat keje…aku bukannya pemalas tapi aku taknak orang paksa aku buat keje…lambat2 aku siapkan keje pun,keje aku still siap kan? cume aku tak suke org push aku jer…ntah aa…maybe salah aku kot…tapi aku still serabut dengan study aku kali ni…still i hope that my results okay la this sem…hmmm….